Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega Musim Ke-2 2012

on 24 October 2012

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega Musim Ke-2 2012 | Maharaja Lawak Mega 2012 akan mula bersiaran secara langsung pada 16 November 2012 di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). 

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega Musim Ke-2 2012

Ganjaran untuk Juara Maharaja Lawak Mega 2012 kali ini dinaikkan kepada RM500,000. Sungguh lumayan habuan yang bakal diterima oleh Juara Maharaja Lawak Mega musim kedua kali ini. Dalam tujuh kumpulan yang bertanding yang mewakili Malaysia, terselit di situ nama Jozan dan Boboi.

Terdapat tiga lagi kumpulan yang perlu melalui satu ujian di 'hot seat' MLM iaitu Balas, Kecik dan Mamu yang akan menentukan siapakah yang akan layak bertanding sebagai peserta ke-11 program itu.

Senarai peserta Maharaja Lawak Mega Musim Ke-2 2012:

Malaysia: 
  1. Pi Mai (Imuda dan Mat Over), 
  2. Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), 
  3. Jozan (Johan dan Zizan), 
  4. Sabon (Abon dan Sathia), 
  5. Jambu (Taukeh dan Yus), 
  6. R2 (Rahim dan Wan Lopez) dan 
  7. Shiro (Shahrol dan Ajak).
Indonesia
  1. Saywho (Eko, Bocil dan Vicha)
  2. The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman)
Singapura
  1. Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin).
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved