Senarai Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus - Astro Arena FAM 2012 | Berikut merupakan senarai pendek calon untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100PLUS - Astro Arena FAM 2012. Nampaknya pencalonan kali ini didominasi oleh pemain dari pasukan Kelantan yang berjaya meraih gelaran Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim 2012.
Acara tahunan itu, yang diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bertujuan mengiktiraf pencapaian pemain tempatan sepanjang musim ini, menurut kenyataan penaja bersama, F&N Beverages, di sini hari ini. Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat menghadapi saingan sengit daripada rakan sepasukan skuad negara dan pemain Negeri Sembilan, Mohd Farizal Marlias serta Norazlan Razali dari Selangor.
Ketua pasukan Kelantan Mohd Badri Radzi pula bersaing hebat untuk merebut anugerah kategori pemain tengah terbaik serta pemain paling bernilai sepanjang musim. Meskipun Kelantan mempunyai sebahagian besar pencalonan, namum juara Liga Perdana dan naib juara Piala Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), turut menerima beberapa pencalonan berikutan pencapaian cemerlang musim ini.
Pemain ATM Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Amirizwan Taj Tajudin akan bersaing dengan pemain Kelantan S. Subramaniam untuk anugerah pemain pertahanan terbaik manakala Rezal Zambery Yahya, yang menjaringkan gol cantik pada final Piala Malaysia, dipertimbangkan untuk anugerah pemain tengah terbaik.
Ketua jurulatih ATM B. Sathianathan turut menjadi pilihan untuk anugerah jurulatih terbaik manakala penyerang import ATM, Marlon Alex James bagi anugerah pemain asing terbaik yang baru diperkenalkan tahun ini. Anugerah lain ialah persatuan terbaik, kelab dan kelab peminat terbaik. Berdasaran pencalonan, majlis anugerah tahun ini dijangka amat menarik. Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100PLUS - Astro Arena FAM 2012 akan dilangsungkan pada Selasa ini.
SENARAI CALON ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 100PLUS – ASTRO ARENA FAM 2012
PENJAGA GOL TERBAIK:
- Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan)
- Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
- Norazlan Razali (Selangor)
PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK:
- S. Subramaniam (Kelantan)
- Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)
- Amirizwan Taj Tajudin (ATM)
PEMAIN TENGAH TERBAIK:
- Safiq Rahim (Selangor)
- Mohd Badri Radzi (Kelantan)
- Rezal Zambery Yahya (ATM)
PENYERANG TERBAIK:
- Mohd Norfarhan Mohamad (Kelantan)
- Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
- Mohd Amri Yahyah (Selangor)
PEMAIN HARAPAN:
- Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
- Nik Mohd Shahrul Azim Halim (Kelantan)
- Ashri Chu Chu (Sarawak)
JURULATIH TERBAIK:
- Bojan Hodak (Kelantan)
- B.Sathiananthan (ATM)
- Irfan Bakti Abu Salim (Selangor)
PEMAIN PALING BERNILAI:
- Mohd Badri Radzi (Kelantan)
- Hairuddin Omar (ATM)
- Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
PEMAIN ASING TERBAIK:
- Marlon Alex James (ATM)
- Mohammed Ghaddar Mahmoud (Kelantan)
- Jean Emmanuel Effa Owana (Negeri Sembilan)
Sumber: ammboi
PEMAIN ASING TERBAIK:Marlon Alex James
ReplyDeleteJURULATIH TERBAIK:Bojan Hodak
yang lain..agak senget.
@Ikhmal Malique begitu erk, tapi apa yg pasti Mat Yo dan Apek pasti dapat.. hehhe
ReplyDelete