Peralatan Siri Jelajah Lesap, Yuna Kena Rompak Di Seattle US

on 29 October 2012

Peralatan Siri Jelajah Lesap, Yuna Kena Rompak Di Seattle US | Berita penyanyi Yuna di rompak Seattle, US pasti mengejutkan banyak pihak termasuk peminat di sana dan juga di Malaysia sendiri.

Peralatan Siri Jelajah Lesap, Yuna Kena Rompak Di Seattle US

Yuna yang dalam jadual pulang ke tanah air sempena program Yuna Homecoming Tour di Malaysia telah berkongsi perbualan dengan ibunya mengenai tragedi yang menimpa dirinya dan rakan bandnya yang lain menerusi akaun twitter beliau.

MenurutYuna, kesemua barangan yang ada di dalam van mereka telah lesap, peralatan muzik, barangan peribadi miliknya serta hadiah untuk keluarganya yang telah beliau beli sepanjang siri jelajahnya di US itu.

Peralatan Siri Jelajah Lesap, Yuna Kena Rompak Di Seattle US

Peristiwa tersebut di katakan berlaku setelah Yuna dan rakan bandnya menamatkan siri jelajah di lokasi terakhir di Seattle, Amerika, sebelum itu Yuna dan bandnya telah berada di Vancouver untuk acara yang sama.

Ibu Yuna yang melihat kesedihan Yuna cuba menenangkan anaknya yang jauh berada di perantauan itu. Katanya, selagi Yuna dan rakan-rakan yang lain selamat, itu sudah cukup baik.

Ibunya masih sempat bergurau dalam nada ala-ala marah kerana hadiah buatnya daripada Yuna atau mesra digelarnya sebagai Alis itu telah dicuri.

Dalam pada itu, Yuna sempat juga membuat Tweet susulan kejadian rompakan yang berlaku. Menurutnya, barang yang hilang boleh dicari, namun pengalaman yang diraih itu lebih bermakna.

Yuna juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah datang ke tournya dan menonton di sepanjang siri jelajah tersebut.

Nota: Betul kata Yuna tu, barang kalau hilang boleh dibeli dan dicari. Harap Yuna dan band tabah menghadapi dugaan ini dan semoga berjaya dalam kerjaya yang dipilih. ^_^

Sumber: forblogger.net
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. ada tadi terbaca di..mana eh.lupa sudah.:)

    ReplyDelete
  2. oh yuna ku...kesian nya dikau..

    ReplyDelete
  3. pasti ada hikmah tu..harap yuna n the geng bersabar..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved