Khairul Fahmi Dan Leuniey Bakal Nikah Disember Ini | Menerusi laporan dari sebuah portal hiburan tanah air mengatakan bahawa penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey, 21, pada bulan disember ini. Berita gembira tersebut disahkan oleh bapa Apek sendiri, Che Mat Hussain.
Dikhabarkan mereka tidak akan mengadakan majlis pertunangan namun akan bernikah terus. Persiapan bagi majlis perkahwinan tersebut kini sedang rancak dibuat. Dalam dua majlis persandingan bakal diadakan iaitu satu di Hotel Renaissance Kota Bharu serta satu lagi di Hotel Perdana Beach Resort Kota Bharu.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment