Apex Mahu Contohi David Beckham | Itulah luahan penjaga gol no.1 negara dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenalai sebagai Apex. Setakat nie memang dah banyak Apex menjadi duta, mungkin inilah rezeki Apex. Antaranya produk sukan, haruman dan kad prabayar dan terbaru ini pula giliran minuman isotonik nombor satu 100plus mengambil beliau sebagai duta bagi minuman tenaga tersebut.
Bertempat di Restoran Rebung, Bangsar telah berlangsungnya majlis memperkenalkan Khairul Fahmi sebagai duta bagi minuman berkenaan. Semua tahu dengan populariti Khairul Fahmi yang mengalahkan selebriti ketika ini. Dalam masa yang sama dia harus mengikuti jadual latihan yang ketat sebagai seorang pemain bola sepak negara. Namun bagi Khairul Fahmi yang mesra disapa Apex berkata dia ada cara menanganinya. Kata Apex:-
“Bagi saya, fokus adalah kata kuncinya. Kalau kita lihat pada pemain bola sepak antarabangsa, ramai juga yang terlibat sebagai duta produk. Saya mengambil contoh David Beckham, dia juga menjadi duta untuk banyak jenama tetapi dia masih kekal menjadi pemain bola yang hebat. Saya anggap ini adalah rezeki dan bola sepak adalah dunia saya. Rezeki ini datang pun kerana penglibatan saya dalam bola sepak. Jadi saya harus berikan fokus utama pada karier dan jika ada masa terluang baru saya akan penuhi dengan aktiviti daripada pihak penaja,”
Note: Semoga Apex akan sentiasa konsisten dalam sukan.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment