Promosi Tiket Separuh Harga Kelantan vs Queens Park Ranger (QPR) 20 Julai 2012

on 18 July 2012

Promosi Tiket Separuh Harga Kelantan vs Queens Park Ranger (QPR) 20 Julai 2012

Promosi Tiket Separuh Harga Kelantan vs Queens Park Ranger (QPR) 20 Julai 2012 | Semalam Tan Sri Annuar telah mengumumkan diskaun istimewa di mana para penyokong Kelantan atau QPR berpeluang membeli tiket perlawanan dengan potongan sebanyak 50 peratus. KAFA katanya telah memperuntukkan 5,000 tiket yang berharga RM53 untuk dijual pada separuh harga pada 18 dan 19 Julai 2012 ini.

Promosi Tiket Separuh Harga Kelantan vs Queens Park Ranger (QPR) 20 Julai 2012

Namun, penjualan tiket berharga separuh itu cuma khas untuk pelajar IPT / IPTA sahaja. Kaunter tiket akan mula dibuka di Pejabat Hal Ehwal Pelajar UITM Shah Alam dan para pelajar hanya perlu menunjukkan pas matrik mereka untuk menikmati kadar istimewa ini. Para pelajar yang berada di luar kawasan Shah Alam yang ingin menikmati kadar istimewa ini boleh berhubung dengan Pertubuhan Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) atau Puan Fazilah dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar Puncak Alam di talian 019-640 1062.

Kemudahan tempat untuk solat berjemaah di dalam kawasan stadium dengan kerjasama pihak stadium akan disediakan jika bulan Ramadhan jatuh pada hari Jumaat ini. Imam dan bilal juga akan didatangkan dari Kelantan untuk mengetuai Solat Isyak dan Terawikh berjemaah. Kata beliau lagi, peluang ini sangat unik yang belum pernah dilakukan sebelum ini. beliau berharap peminat-peminat bola sepak dapat datang beramai-ramai untuk solat berjemaah dan menyaksikan perlawanan ini. (Sumber Dunia Sukan Online) kredit kepada ammboi.com.

Note : khabarnya sehingga semalam, lebih 20,000 tiket sudah dijual…
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved