Video Gol Pilihan Sabah XI vs Queens Park Ranger (QPR) 17 Julai 2012

on 18 July 2012

Video Gol Pilihan Sabah XI vs Queens Park Ranger (QPR) 17 Julai 2012 | Pasukan Liga Perdana Inggeris Queens Park Rangers (QPR) mengalahkan pasukan pilihan Sabah 5-0 dalam perlawanan persahabatan di hadapan kira-kira 20,000 penonton di Stadium Likas.

Video Gol Pilihan Sabah XI vs Queens Park Ranger (QPR) 17 Julai 2012Gol pertama QPR diperoleh menerusi Bobby Zamora pada minit ke-7 setelah menolak masuk bola dari jarak dekat selepas percubaan Wright Philip ditampan oleh penjaga gol Sabah. Walaupun QPR melakukan beberapa lagi percubaan, keputusan itu kekal sehingga separuh masa pertama.

Pilihan Sabah turut melakukan beberapa serangan yang diketuai Titus Jhon, Londow Bonai dan Octavianus Maniani tetapi gagal menghasilkan gol. Dalam separuh masa kedua, QPR berpesta gol pada minit ke-63 menerusi pemain gantian Heider Helguson, Jay Bothroyd (minit ke-69) dan dua gol hasil jaringan Djibril Cisse (minit ke-73) dan minit ke-81).

Pengurus QPR, Mark Hughes menyifatkan perlawanan ini adalah baik dan memenuhi persiapan pasukannya untuk memulakan kempen liga bermula Ogos ini. Beliau turut memuji aksi pihak Pilihan Sabah juga sangat bagus dan ia merupakan ujian yang baik untuk mereka walaupun mereka telah mengadakan enam sesi latihan sebelum perlawanan ini.

Di tanya sama ada pemain baru mereka Park Ji Sung akan dijadikan ketua pasukan skuadnya, beliau berkata ia belum diputuskan, tetapi merasakan menjadikan Park sebagai ketua pasukan untuk jelajah Asia sesuai untuk peminatnya di Asia. QPR yang sedang dalam jelajah Asia akan menentang Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai 2012 ini sebelum bertemu Persebaya Surabaya di Indonesia pada 23 Julai 2012.

VIDEO GOL PILIHAN SABAH XI VS QUEENS PARK RANGER (QPR) 17 JULAI 2012


Kredit : Footygoalsoccer
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved