
Namun persembahan berkenaan telah mencetuskan kontroversi kerana kerajaan negeri Kelantan menganggap penganjur telah melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu. Dipetik daripada Sinar Harian, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal mengikut undang-undang di bawah yang ditetapkan Kerajaan Negeri.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu. Namun jelas beliau lagi, bagi kes tersebut pihaknya hanya memberi amaran, namun selepas ini kerajaan negeri tidak akan berkompromi lagi. Beliau berkata, pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998. kredit kepada ammboi.com.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment