Assalamualaikum dan salam 1Dunia...
Syamsul Yusof Kahwin Siswi Perubatan 2 Tahun Lagi | Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan pengarah hebat, Syamsul Yusof, 28. Pengarah yang memang agak berbakat dan saya memang minat dengan filem-filem terbitannya yang penuh aksi. Dengar kata Syamsul dah ada kekasih dan kini Syamsul sedang bahagia dilamun cinta dengan seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan perubatan dan merancang untuk berkahwin dalam tempoh masa 2 tahun lagi. Nampaknya pasti ramai wanita di luar sana patah seribu mendengar perkhabaran ini. Bersabar sajalah wanita-wanita di luar sana tu, mengigit jarilah nampaknya.
Bercakap kepada portal murai, Syamsul yang kini berusia 28 tahun mengakui jarang berjumpa dengan kekasihnya itu sebaliknya lebih banyak bercinta menerusi telefon sahaja. Kata Syamsul :-
Alhamdulillah saya sekarang tengah bahagia bersama si dia. Sebenarnya saya belum betul-betul bersedia hendak bercakap soal kahwin. Nantilah bila dah bersedia sepenuhnya saya akan umumkan kepada semua. Tetapi, saya mengaku sedang bahagia dan bersyukur kerana dia seorang yang betul-betul memahami karier saya sebagai pengarah dan pelakon. Saya pun agak jarang denagn si dia. Malah, sudah sebulan lebih saya tidak berjumpa dengannya. Kami hanya berbual menerusi telefon sahaja. Mengikut perkiraan sudah lebih setahun saya menjalinkan hubungan cinta bersama.
Dalam pada itu, Syamsul Yusof turut memohon maaf kerana tidak dapat mengumumkan nama teman wanitanya itu kepada umum kerana risau akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini kelak.
Pasti ramai wanita di luar sana yang dah kecewa dengan perkhabaran ini, namum ini adalah satu kenyataan yang harus diterima oleh kamu semua. Kami semua mendoakan kebaikan dan kebahagian Syamsul Yusof serta dipermudahkan urusan untuk mendirikan rumahtangga.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment