Nat Skru Tersangkut Pada Kemaluan | IPOH – Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan hanya sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan seorang lelaki gila, gara-gara cincin, gelang besi ataupun nat skru tersangkut pada alat sulit mereka.
Terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh diperlukan oleh pihak hospital untuk memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.
Lelaki terbabit berbuat demikian disebabkan terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin serta nat pada kemaluan dapat meningkatkan keupayaan seksual sekaligus memanjangkan zakar.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, setelah nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada kemaluannya gagal ditarik keluar.
Menurutnya, tindakan lelaki tersebut telah menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat hingga alat sulitnya itu membengkak serta bertukar lebam hitam.
Sumber: forblogger
Dh molek dh tuhan 2 bg..nk lg pnjg..pas2 gne cre yg plik2..kn dh dpat msibah..
ReplyDelete