10 Games Paling Popular Di Facebook

on 13 October 2012

10 Games Paling Popular Di Facebook | Semua orang sama ada kecil atau besar sangat mengenali Facebook. Facebook merupakan tempat komuniti pengguna internet berkumpul saban waktu tanpa mengira siang atau malam.

10 Games Paling Popular Di Facebook

Menerusi facebook juga, setiap ahli komuniti bukan sahaja boleh mecari teman dan bersembang antara satu sama lain, malah boleh bermain games secara online. Yang pentingnya adalah anda mempunyai satu akaun facebook.

Permainan atau games yang disediakan facebook begitu luas dan banyak, kita boleh memilih pelbagai jenis permainan atau pun games yang ingin kita mainkan. Untuk bermain games di facebook biasanya anda perlu menginstall plugin tambahan yang disediakan developer games tersebut.

Berikut adalah 10 games Facebook yang paling popular dimainkan masa kini :

1. Mafia Wars
  • Mafia Wars memiliki lebih dari pemain aktif 26,000,000 membuatnya menjadi salah satu permainan yang paling popular saat ini tersedia di Facebook. Bermula dari sebuah keluarga Mafia bersama teman-teman, anda menjalankan kerajaan kriminal dan berjuang untuk menjadi keluarga yang paling kuat.

2. Texas HoldEm Poker
  • Jika anda peminat hobi permainan kad, maka Texas HoldEm Poker merupakan pilihan tepat yang akan membuat anda terlupa kehidupan dialam realiti.

3. Farmville
  • Games bercorak bertani seperti game Harvest Moon yang terdapat pada games Playstation. Anda membangunkan empayar pertanian dan membuat teman-teman sebagai tetangga anda.

4. FishVille
  • FishVille, merupakan games memelihara ikan di dalam akuarium, anda mengembangbiakkannya, menjual sebahagian hasil ternak ikan untuk membeli apa saja, termasuk makanan ikan. Permainan ini akan terlihat cukup mudah jika anda terbiasa bermain FarmVille.

5. Pet Society
  • Sebuah games yang berlandaskan haiwan peliharaan.

6. Game Cafe World
  • Game Cafe World, anda boleh memilih masakan apa yang akan disediakan di cafe, lalu ada teman yang membantu sebagai pelayan untuk melayani pengunjung.

7. Happy Pets
  • Happy Pets adalah games haiwan peliharaan seperti Pet Society.

8. YoVille
  • YoVille memungkinkan pengguna untuk membuat avatar pribadi dan mendekorasi rumah. YoVillians, boleh bersembang, bermain mini-games, menghadiri acara langsung, dan berinteraksi dengan teman sejati mereka serta meninggalkan pesan dan hadiah.

9. Restaurant City
  • Game yang memerlukan anda untuk mengelola sebuah restauran di sebuah kota maya, membuat masakan terbaik dan bersaing dengan restauran lain agar menjadi buah bibir di kota tersebut, game ini sangat sesuai bagi peminat makanan dan menguruskan restoran.

10. Country Life
  • Dalam permainan ini, pemain dapat bercocok tanam, menternak dan berinteraksi dengan teman-teman Facebook mereka. Country Life ini mungkin salah satu yang paling mudah untuk bermain.

Demikian senarai 10 permainan menarik yang ada didalam Facebook. Namun jangan lupa, facebook juga merupakan antara syurga bagi penggodam, dan syurga bagi pengguna yang suka melakukan penyamaran.

Bagaimana pun, adakah anda salah seorang peminat games di facebook?

Sumber: forblogger
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved