Remaja Didakwa Sumbang Mahram Dengan Kakak Kandung

on 13 September 2012

Remaja Didakwa Sumbang Mahram Dengan Kakak Kandung | JERANTUT, 13 SEPT 2012 – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November 2011 lepas.

Remaja Didakwa Sumbang Mahram Dengan Kakak Kandung

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang rekod pengakuan daripada tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan sumbang itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini pada 12 tengah malam, November tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan.

Remaja itu telah dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 18 Oktober depan.

Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu. Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.

Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa telah melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital berkenaan pada 22 Ogos lalu. – Remaja Didakwa Sumbang Mahram Dengan Kakak Kandung

Sumber: Forblogger
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. hadoiyai.. apa nak jadi lah budak2 sekarang ni...

    thanks ye sebab doakan :)

    ReplyDelete
  2. Naudzubillah kita berlindung kepada Allah dari hal-hal terkutuk seperti ini

    ReplyDelete
  3. Apsal owg zaman skrg ni..dgn drah dging cndry pn bnfsu..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved