Permohonan Bagi Mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Ambilan Tahun 2013

on 24 September 2012

PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF AMBILAN TAHUN 2013 | Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF sebelum ini dikenali sebagai Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM. 

Permohonan Bagi Mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Ambilan Tahun 2013

NAMA PROGRAM: Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF

MOD LATIHAN: Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

TEMPOH PENGAJIAN: 18 BULAN

Berikut dilampirkan iklan permohonan bagi mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mode Latihan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Tahun 2013.

Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (DPLI SR) j-QAF ini merupakan program secara Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang mengambil tempoh masa selama satu tahun enam bulan.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2012 (Rabu) jam 9.00 pagi.



SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon hendaklah:
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sihat fizikal dan mental.
  3. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
  4. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
  5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
KEUTAMAAN
  • Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.
  • Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
  • Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
  • Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara. 
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
  • Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
  • Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon yang diisytihar bankrap.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(i) Bahasa Arab
(ii) Pendidikan Islam
(iii) Pendidikan Khas j-QAF


6.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2012 Rabu Jam 9 Pagi

6.2 
Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara mulai 26 September 2012 Rabu dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).

6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar dalam borang e-permohonan.. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan. 

6.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 3 OKTOBER 2012 (RABU), JAM : 11.59 MALAM

Ujian MTeSt
  • Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..
  • Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di Bahagian Kesesuaian Ijazah)
  • Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.
Temuduga
  • Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang permohonan.
  • Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga.
  • Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.
  • Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.
Tarikh-Tarikh Penting

26 September 2012  
- Permohonan dibuka 
3 Oktober  
- Permohonan ditutup 
12 Oktober  
- Semakan ujian MTeST 
20 Oktober  
- Ujian MTeST 
12 November  
- Semakan temu duga 
19 – 23 November  
- Temu duga 
10 Disember  
- Keputusan Permohonan 
17 Disember 
- Pendaftaran di IPG 
2 Januari 2013  
- Pendaftaran di sekolah 
  • Tarikh tersebut di atas adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan DLPI SR Januari 2013.

Pendaftaran

Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

Ikatan Perjanjian

  • Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.


Maklumat
  • Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian j-QAF Ambilan Januari 2013 untuk mendapatkan maklumat terperinci. 
  • Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan : 

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E 
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 
62604 PUTRAJAYA 
( u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar )

Nombor Telefon
  • 03-88841260
  • 03-88841254 
  • 03-88841253 
  • 03-88841371
  • 03-88841235

URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491 
88805 Kota Kinabalu, Sabah

Nombor Telefon : 088–236804

URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak 

Nombor Telefon : 082 – 258045

Sumber: Cikgukaunseling & ePutra
Ranking: 5

{ 10 Comments... read them below or add one }

  1. adoooi lebih umur la pulak hehehe

    ReplyDelete
  2. TQ. Good Info.

    ReplyDelete
  3. aida hazirah (ziera)05 October, 2012

    mcm mana nk daftar kv trg besut..?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Anonymous04 May, 2013

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. salam bos, untuk 2014 ada dibuka ke?

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved