Neelofa Sangkal Bercuti Bersama Hans Isaac

on 26 September 2012

Neelofa Sangkal Bercuti Bersama Hans Isaac | Sebelum ini hebah diperkatakan Neelofa telah ke Koh Samui dimana tempat pelakon dan juga pengarah, Hans Isaac telah bercuti disana juga. Namun Neelofa tampil menyangkal dakwaan berkenaan dan menganggap itu hanyalah gosip palsu semata-mata. Ikuti penjelasan Neelofa dibawah.

Neelofa Sangkal Bercuti Bersama Hans Isaac

Saya pergi bercuti pada Ahad dan saya balik semalam (Isnin). Dia (Hans) pergi pada Khamis lalu dan tak silap saya, dia akan balik esok (Rabu). Saya pergi dengan sekumpulan kawan saya. Dia pula pergi dengan kawan-kawan golf dia. Saya tak faham kenapa ada pihak yang nak buat isu, sengaja buat cerita tentang kami bercuti bersama. Sebab sebetulnya saya pergi bercuti di Phuket. Hans ke Koh Samui. Tak silap saya, dia pergi main golf di sana. Saya langsung tak berjumpa dengannya”, itu kata Neelofa sekaligus menyangkal gosip yang timbul baru-baru ini mengatakan dia dan penerbit juga pelakon popular itu bercuti bersama di Koh Samui, Thailand, minggu lalu yang dipetik dari laman Malaysian Digest.

Khabar angin berkenaan mula tersebar ekoran Neelofa sendiri yang menulis di laman Twitternya memberitahu yang dia mahu ke satu destinasi di luar negara. Pada masa sama, Hans diberitakan juga berada di destinasi yang dituju aktres itu. Justeru Neelofa menegaskan, percutiannya juga Hans ke satu negara yang sama adalah satu kebetulan.

Ditanya sama ada dia berasa kesal kerana gara-gara twitnya itu telah menguatkan spekulasi yang selama ini benarlah mereka punya hubungan istimewa meskipun kedua-duanya menjelaskan mereka hanya berkawan baik. Neelofa yang turut berkata timbul sikit kekesalan namun dia menerimanya dengan hati terbuka kerana sedar cerita sebegini adalah lumrah yang harus dihadapi sebagai seorang figura umum.

Kesal lah sikit. Saya twit tu sebab teruja dan nak kongsi dengan peminat. Maklum lah nak pergi bercuti. Asalnya nak chill selepas beberapa bulan di set penggambaran Kau Yang Terindah. Ingatkan nak rehat sekejap sebelum kembali sibuk dengan penggambaran lain. Tapi lain pula jadinya. Balik saja sini, lagi bertambah serabut dibuatnya”, tuturnya sambil tergelak kerana berasa lucu mendengar gosip tersebut.

Dia juga dapat merasakan yang Hans mengetahui tentang gosip ini. Bagaimanapun kata Neelofa, sepanjang mengenali jejaka itu, dia yakin yang temannya itu tidak akan ambil pusing mengenai khabar angin sebegini.

Sumber: ammboi
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. Artis.. Macam macam cerita.. Begitula kena pandai tepis gosip.

    ReplyDelete
  2. @NUR bukan namanya artis kalau tak pandai berkata-kata... inilah perkara utama yg perlu bakal2 artis kena tahu... gossip pasti akan bersama bila dah bergelar artis nanti.. hahaha

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved