10 Orang Terkaya Amerika Syarikat, Bill Gates Kekal Orang Terkaya

on 20 September 2012

10 Orang Terkaya Amerika Syarikat, Bill Gates Kekal Orang Terkaya | Pengasas Microsoft, Bill Gates kekal sebagai orang terkaya di Amerika Syarikat (AS) buat tahun ke-19 berturut-turut.

10 Orang Terkaya Amerika Syarikat, Bill Gates Kekal Orang Terkaya

Nilai kekayaan beliau dikatakan meningkat sebanyak AS$7 billion (RM21 billion) tahun lalu. Kekayaan beliau buat masa sekarang dianggarkan bernilai AS$66 billion (RM198 billion).

Dalam pada itu, jumlah nilai kekayaan warga AS telah meningkat sebanyak 13 peratus kepada AS$1.7 trillion dengan purata milik 400 orang paling kaya di negara itu dianggarkan lebih $400 juta (RM1.2 billion) tahun ini.

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, purata harta orang kaya dianggarkan AS$4.2 billion (RM12.6 billion).

Berikut 10 orang paling kaya di AS :

1. Bill Gates, pengasas dan pengerusi Microsoft (AS$66 bilion)

2. Warren Buffett, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berkshire Hathaway (AS$46 bilion)

3. Larry Ellison, Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif (AS$41 bilion)

4. Charles Koch, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)

5. David Koch, Pemilik bersama dan Naib Presiden Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)

6. Christy Walton & Keluarga, pewaris harta Walmart (AS$27.9 bilion)

7. Jim Walton, pewaris harta Walmar dan Pengerusi Arvest Bank (AS$26.8 bilion)

8. Alice Walton, pewaris harta Walmart (AS$26.3 bilion)

9. S Robson Walton, pewaris Walmart (AS$26.1 bilion)

10. Michael Bloomberg, pengasas dan pemilik utama Bloomberg LP (AS$25 bilion)

Sumber: forblogger
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. Bill gates nie tak payah risau tentang duit sebab setiap saat pasti masyuk punya... perghhh, bsnysk gila duitnya erk...

    ReplyDelete
  2. memang kaya dia nie... tengoklah duit... berbillion-billion tu....

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved