Ajai Bakal Dapat Gelaran Datuk?

on 6 August 2012

Ajai Bakal Dapat Gelaran Datuk? | Datuk Ajai ? ataupun Datuk Mohd Faizal Maas. macam menarik juga di dengar. Baru berusia 36 tahun, komposer dan penyanyi, Ajai sudah memperoleh gelaran 'Datuk'. Itu pun jika benar berita yang diterima ini. Namun, awal-awal lagi tuan empunya badan, Ajai sudah menafikan dan tampil memberi penjelasan bahawa khabar angin atau gosip tersebut adalah mengarut semata-mata.

Ajai Bakal Dapat Gelaran Datuk?

Kata Ajai, gosip tersebut benar-benar membuatkan dia dan isterinya, Norliza Ilyas terkejut, apatah lagi dia tidak pernah menerima apa-apa surat bagi memaklumkan hal berkenaan.

Antara kata-kata Ajai semasa ditemubual:-
Saya dan isteri baru sahaja membaca gosip tersebut dan ia tidak benar sama sekali. beliau terkejut dengan khabar angin ini, kelakar pun ada juga. Saya pun tak tahu daripada mana berita itu diperoleh. Entahlah, mungkin terdapat mana-mana pihak yang tersilap memberi pendapat,”
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Ajai kononnya akan menerima penganugerahan yang membawa kepada gelaran seperti rakan seperjuangannya iaitu Datuk M.Nasir dan Datuk Ramli MS. Bagaimanapun tambah Ajai, dia tidak ada masalah berhubung dengan gosip tersebut kerana menganggap ia merupakan salah satu rencah normal yang harus ditempuhi bagi seorang artis. - Ajai Bakal Dapat Gelaran Datuk?
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved