Pelajar Dedah Detik Cemas Dirompak di Mesir

on 16 July 2012

Berikutan kes kematian seorang pelajar Malaysia ketika di Mesir, rakan pelajar dedah detik cemas ketika dirompak di Mesir.

Muhaimin Yahya, rakan pelajar yang ada didalam van ketika kejadian, mendedahkan detik cemas yang mereka hadapi ketika kejadian rompakan warga Arab Mesir ketika berada didalam van.

Pelajar Dedah Detik Cemas Dirompak di Mesir

Abdul Khafiz Mohamed Norok,25 didapati cedera parah, [koma] selepas terjatuh dari sebuah van ketika cuba menyelamatkan diri dari di rompak warga arab. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Amal, AinShams, Kaherah selepas mengalami pendarahan dan kecederaan yang serius di bahagian kepala kira-kira jam 2.00 pagi (12 Julai 12).

Menceritakan detik kejadian, Muhaimin Yahya berkata;

“Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi. Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila pemandu membuat pusingan. Sepatutnya tidak perlu berbuat demikian.

“Sebelum itu ada satu keluarga lain dalam van, namun mereka turun awal sebaik melalui sebuah terowong. Arwah memberitahu dia agak risau sebelum tiba-tiba lelaki yang duduk di sebelah pemandu mengacukan pisau lipat.

“Lelaki itu cuba menyeluk saku seluarnya tetapi tidak berjaya dan dia sempat menepis. Arwah kebetulan duduk dekat pintu van.

“Sebaik perompak di sebelahnya berpindah ke belakang, dia terus membuka pintu dan keluar menyelamatkan diri, waktu tu van masih lagi bergerak laju” katanya.

Sebaik sahaja van bergerak perlahan beliau terus terjun ke luar dan berlari meluru ke tempat arwah jatuh.

“Abdul Khafiz dihantar ke Hospital Maahad Nasir di pinggir Kaherah. Kemudian dipindah ke Hospital Amal, Ain Shams. Mangsa koma 24 jam sebelum disahkan meninggal dunia,” ujarnya.

Urusan memandikan dan mengkafankan jenazah selesai dilakukan di Hospital Amal. Jenazah dibawa ke Dataran Kompleks Hayyu ‘Asyir dan disembahyangkan di sana oleh hampir 300 orang mahasiswa Malaysia pada jam 4.00 petang.

Turut hadir adalah pegawai dari KBMK, EME, dan wakil delegasi rombongan Kerajaan Negeri Kelantan. Sejurus selepas itu, jenazah dibawa dan dikebumikan di Perkuburan Hayyu ‘Asyir tepat jam 5.00petang.

Arwah merupakan mahasiswa tahun tiga yang menuntut di Maahad Qiraat Shoubra dan bakal menamatkan pengajian beliau pada tahun ini.

Beliau adalah anak kelahiran negeri Johor dan seorang yang peramah serta suka membantu kawan-kawan yang lain dalam memastikan kecemerlangan akademik.Muhaimin yang hanya cedera ringan dalam kejadian tersebut juga memberitahu mangsa sering menyuarakan hasrat untuk menetap di Kaherah.

Allahyarham Abdul Khafiz mohamed Norok

Muhaimi yang pulang bercuti selepas selesai menduduki peperiksaan juga memberitahu beliau akan meneruskan pengajian di Kaherah selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

#Alfatihah buat arwah, semoga roh beliau ditempatkan dikalangan umat Islam yang beriman dan beramal soleh.Insyaallah. kredit kepada forblogger.net

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. Al.Fatihah.. semoga beliau ditempatkan di tempat orang2 yang beriman dan beramal soleh disisiNya.. amin

    ReplyDelete
  2. al-fatihah, semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 beriman aminn~ setulus ucapan takziah buat keluarga mangsa(orang kampung dekat sy :')

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved