Assalamualaikum dan salam 1Dunia...
Kebanyakan mereka yang kahwin di seberang nie adalah mereka yang kahwin lari ataupun tidak mendapat restu dari keluarga atau nak berpoligami tanpa diketahui oleh isteri. Terbaru, urusan perkahwinan mungkin lebih mudah apabila terdapat pakej akad nikah di Thailand yang menggunankan internet.
Pakej yang tersedia hanya dengan harga serendah RM1,250/sepasang. Memang murah bukan dan para lelaki yang ingin bernokah di Thailand semakin mudah apabila terdapat lebih dari 10 laman web dikesan menawarkan perkhidmatan pakej nikah di Thailand menggunakan internet.
Antara yang ditawarkan di dalam Pakej Akad Nikah di Thailand ialah;
- Pengangkutan Percuma dari Bukit Kayu Hitam atau Hatyai Airport.
- Pengangkutan Percuma semasa berada di Thailand yang berkaitan dengan urusan nikah kahwin dan konsulat (2 hari).
- Pengangkutan percuma dari airport Hatyai ke Majlis Agama Islam dan tempat penginapan.
- Makan tengah hari atau makan petang percuma (2 hari).
- Penginapan/hotel percuma (satu malam) di hotel bertaraf 3 bintang yang terpilih.
- Bayaran kepada Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
- Bayaran kepada Kadi dan Saksi.
- Bayaran kepada Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.
- Bayaran fotostat dokumen.
- Percuma - Nota Panduan mendaftar pernikahan semula di Malaysia (CD)
- Percuma - Gambar dan video clip majlis akad nikah..
Hisham (bukan nama sebenar), merupakan seorang agen bagi pakej yang ditawarkan ini berkata, mereka mula menawarkan pakej itu sejak beberapa tahun lalu dengan mengiklankan perkhidmatannya menerusi internet.
Hisham turut menambah, secara purata dia berjaya menguruskan 30 pasangan setahun ke Selatan Thailand dan mengenakan bayaran RM1,500 bagi setiap pasangan.
Pakej yang mereka kenakan ini cukup murah jika hendak dibandingkan dengan ajen lain yang mengenakan bayaran sehingga lebih daripada RM4,000," sahutnya.
Selain itu, beliau juga sering dilemparkan kata-kata sinis dan kasar menerusi komen dalam Faebooknya terutama oleh kaum wanita, namun itu tidak pernah menghalangnya untuk meneruskan perkhidmatan itu. Apa yang penting ialah, apa yang dilakukannya adalh bertujuan ikhlas dan mahu mengelak orang Islam dari terus terjebak dari maksiat.
Beliau yang turut berkahwin dengan wanita warga Thailand dan mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan itu berkata, kebanyakan pasangan yang mendapatkan perkhidmatannya berusia 35 hingga 50 tahun atas tujuan berpoligami, termasuk golongan profesional, berpangkat seperti Datuk, artis dan penuntut institusi pengajian tinggi.
Namun begitu, menurut yang tertulis [lihat prinscreen di atas] di laman web tersebut, Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla telah menetapkan bahawa tempat nikah di dalam Wilayah Songkhla, bagi penduduk asing hanya satu tempat iaitu Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla itu sendiri.
Ini merupakan jaminan bahawa setiap perkhawinan di Wilayah Songkhla adalh sah mengikut peraturan yang memenuhi hukum syarak. kredit kepada forblogger.net
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment