FAM Sah Tidak Hantar Bantahan Kepada AFC Kerana Tidak Cukup 'Bukti'

on 6 July 2012

Fam Tidak Bantah Myanmar Kerana Tidak Cukup Bukti | Sikap FAM yang sudah lama ‘menggeramkan’ seluruh peminat bola sepak di Malaysia nampaknya semakin menjadi-jadi. Kini skuad Harimau Muda A (Malaysia B22) berputih mata kerana sah tidak layak ke Piala Asia Bawah 22 Tahun 2013 walaupun sah-sah juga Myanmar melanggar peraturan kerana AFC telah mengesahkan kelayakan Korea Selatan dan Myanmar (penipu besar) layak ke kejohanan berkenaan tahun depan.
Selepas tempoh 48 jam berakhir 7 petang semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan sekretariatnya tidak menghantar sebarang surat bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). “Kami tidak boleh semata-mata membuat bantahan menggunakan bukti-bukti daripada pihak ketiga (media) atau laman-laman web. Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC, kami dapati memang terdapat nama sama tetapi mereka individu berbeza. Jadi FAM tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat bantahan. Penjelasan lanjut akan diberikan pada sidang media khas esok (hari ini),” kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam. – Petikan BHarian Online
FAM Sah Tidak Hantar Bantahan Kepada AFC Kerana Tidak Cukup 'Bukti'

AFC menjelaskan mereka sudah menerima bantahan dari skuad Malaysia pada 3 Julai lepas, namun pihaknya memerlukan bantahan rasmi daripada FAM (sokongan) dalam masa 48 jam selepas perlawanan sebelum menyiasat kes berkenaan. Namun tindakan FAM yang hanya pandai ‘bermadah’, memberi alasan tidak cukup bukti untuk membantah keputusan Myanmar memang tidak wajar.
Perbandingan profil penyerang Myanmar, Kaung Si Thu yang sebenarnya sudah berusia 25 tahun dalam laman web rasmi kelabnya, Yangon United seperti disiarkan Berita Harian semalam serta biodata umur sebenar kapten Myanmar, Kyaw Zayar Win iaitu 24 tahun dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) nampaknya belum cukup meyakinkan FAM. Malah terbaru, senarai pemain untuk aksi Piala Singapura menemukan kelab Zayar Win, Kanbawza FC bertemu Loyola Meralco Sparks di Singapura malam tadi, turut tertulis umur Zayar Win, 24 tahun. –BHarian Online
Banyak pihak sudah sedia membantu untuk mengumpulkan bukti penipuan Myanmar, sehinggakan kesemua laman web yang membabitkan pendaftaran pemain Myanmar juga disiasat. Mungkin FAM lembab macam siput selepas Myanmar mengubah profile pemain mereka baru FAM nak jenguk laman berkenaan memang sah-sah dah hilang bukti berkenaan. Apa tindakan FAM selepas perlawanan berlangsung? Hanya tengok dan tunggu sambil memikirkan apa yang nak dibuat sahaja ke? Nasib… nasib….. Kredit: ammboi.com
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. FAM sebenarnya dah kena tukar pucuk pimpinan.. dah2 la tu pegang jawatan tu. nak tunggu sampai bila??

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved