Home > Posts filed under Harimau Muda B22
Keputusan Malaysia vs Thailand 11 September 2013 - Pesta Bola Merdeka 2013 | Aksi ketiga skuad Harimau Muda dalam Pesta Bola Merdeka 2013 diteruskan lagi pada malam ini menentang Thailand di Stadium Darul Makmur.
Malaysia yang sudah pun layak beraksi di final Pesta Bola Merdeka 2013 berharap mampu mengutip tiga mata penuh pada malam ini dalam aksi menentang Thailand dan sekaligus mengekalkan rekod bersih dalam saingan peringkat kumpulan.
Perlawanan yang mendapat hak siaran langsung adalah seperti di bawah:
- LIVE Astro Arena 801 : Singapura u23 vs Myanmar u23 | 8.45 malam
- LIVE 119 & Astro Arena 801 : Malaysia u23 vs Thailand u23 | 8.45 malam
Berikut adalah keputusan terkini Pesta Bola Merdeka 11 September 2013 yang akan dikemaskini secara livescore sehingga perlawanan tamat. Anda juga boleh mengikuti keputusan semasa di SINI.
Live Streaming Pesta Bola Merdeka 11 September 2013
- TV9 : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5
Keputusan Pesta Bola Merdeka 2013
|
11 September 2013
|
Singapura
|
0
|
FT
|
2
|
Myanmar
|
Malaysia
|
3
|
FT
|
0
|
Thailand
|
Pesta Bola Merdeka 2013 :
FULL TIME
Malaysia [ 3 - 0 ] Thailand
MAS: Nasir Basharuddin 12', Rozaimi Abdul Rahman 28' & 80'
Myanmar [2 - 0] Singapura
Keputusan Malaysia vs Singapura 7 September 2013 - Pesta Bola Merdeka 2013 | Saksikan aksi pembukaan Pesta Bola Merdeka 2013 antara Malaysia U23 menentang Singapura U23 pada jam 5.30 petang di Stadium Darul Makmur.
Selepas perlawanan Malaysia vs Singapura, perlawanan antara pasukan Thailand vs Myanmar ppula akan turun pada jam 8.45 malam juga di Stadium Darul Makmur.
Perlawanan yang mendapat hak siaran langsung adalah seperti di bawah:
- LIVE 119 & Astro Arena 801 : Malaysia u23 vs Singapura u23 | 5.15 petang
- LIVE 119 & Astro Arena 801 : Thailand u23 vs Myanmar u23 | 8.00 malam
Berikut adalah keputusan terkini Pesta Bola Merdeka 7 September 2013 yang akan dikemaskini secara livescore sehingga perlawanan tamat. Anda juga boleh mengikuti keputusan semasa di SINI.
Live Streaming Pesta Bola Merdeka 7 September 2013
- TV9 : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5
Keputusan Pesta Bola Merdeka 2013
|
7 September 2013
|
Malaysia u23
|
1
|
FT
|
0
|
Singapura u23
|
Thailand u23
|
0
|
FT
|
0
|
Myanmar u23
|
☛☛| Pesta Bola Merdeka 2013 |☚☚
═══════════════════════════════════
FULL TIME
Malaysia B23 [1 - 0] Singapura B23
MAS: Thamil Arasu 47'
Fam Tidak Bantah Myanmar Kerana Tidak Cukup Bukti | Sikap FAM yang sudah lama ‘menggeramkan’ seluruh peminat bola sepak di Malaysia nampaknya semakin menjadi-jadi. Kini skuad Harimau Muda A (Malaysia B22) berputih mata kerana sah tidak layak ke Piala Asia Bawah 22 Tahun 2013 walaupun sah-sah juga Myanmar melanggar peraturan kerana AFC telah mengesahkan kelayakan Korea Selatan dan Myanmar (penipu besar) layak ke kejohanan berkenaan tahun depan.
Selepas tempoh 48 jam berakhir 7 petang semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan sekretariatnya tidak menghantar sebarang surat bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). “Kami tidak boleh semata-mata membuat bantahan menggunakan bukti-bukti daripada pihak ketiga (media) atau laman-laman web. Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC, kami dapati memang terdapat nama sama tetapi mereka individu berbeza. Jadi FAM tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat bantahan. Penjelasan lanjut akan diberikan pada sidang media khas esok (hari ini),” kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam. – Petikan BHarian Online
AFC menjelaskan mereka sudah menerima bantahan dari skuad Malaysia pada 3 Julai lepas, namun pihaknya memerlukan bantahan rasmi daripada FAM (sokongan) dalam masa 48 jam selepas perlawanan sebelum menyiasat kes berkenaan. Namun tindakan FAM yang hanya pandai ‘bermadah’, memberi alasan tidak cukup bukti untuk membantah keputusan Myanmar memang tidak wajar.
Perbandingan profil penyerang Myanmar, Kaung Si Thu yang sebenarnya sudah berusia 25 tahun dalam laman web rasmi kelabnya, Yangon United seperti disiarkan Berita Harian semalam serta biodata umur sebenar kapten Myanmar, Kyaw Zayar Win iaitu 24 tahun dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) nampaknya belum cukup meyakinkan FAM. Malah terbaru, senarai pemain untuk aksi Piala Singapura menemukan kelab Zayar Win, Kanbawza FC bertemu Loyola Meralco Sparks di Singapura malam tadi, turut tertulis umur Zayar Win, 24 tahun. –BHarian Online
Banyak pihak sudah sedia membantu untuk mengumpulkan bukti penipuan Myanmar, sehinggakan kesemua laman web yang membabitkan pendaftaran pemain Myanmar juga disiasat. Mungkin FAM lembab macam siput selepas Myanmar mengubah profile pemain mereka baru FAM nak jenguk laman berkenaan memang sah-sah dah hilang bukti berkenaan. Apa tindakan FAM selepas perlawanan berlangsung? Hanya tengok dan tunggu sambil memikirkan apa yang nak dibuat sahaja ke? Nasib… nasib….. Kredit:
ammboi.com
Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (Malaysia B22) kini tiada pilihan lain selain memungut mata penuh dalam baki semua perlawanan Kumpulan G jika mahu menjadi 2 pasukan teratas kumpulan dan mara ke finalPiala Asia B-22 tahun depan. Mereka akan bertemu Filipina petang ini setelah kalah 3-2 kepada Korea Selatan dalam perlawanan pertama dahulu.
Biarpun di atas kertas, Malaysia memiliki kelebihan untuk menundukkan Filipina di Stadium Aung San, Kim Swee tidak mahu anak buahnya terlalu ghairah memburu gol meskipun sedar perlu mencipta kemenangan besar selepas pasukan tuan rumah membelasah Filipina 5-1 pada perlawanan pertama. Untuk makluman perlawanan Kelayakan Piala Asia (AFC) Bawah 22 – Malaysia vs Filipina 25 Jun 2012 akan bermula jam 3.15 petang (waktu Myanmar) / 4.45 petang (waktu Malaysia).
Tempoh rehat yang singkat sebelum skuad negara turun untuk menentang Taiwan (28 Jun), Vietnam (30 Jun) dan Myanmar (3 Julai) – Sila Lihat
Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Asia (AFC) U22, Ong Kim Swee berkata, beliau sedia melakukan rombakan kesebelasan utamanya termasuk merehatkan Thamil Arasu yang mengalami kecederaan hamstring. Skuad Malaysia turut kehilangan tonggak pertahanan tengah, Mohd Amer Saidin bagi baki kempen kali ini akibat kecederaan belakang dialami ketika sesi latihan semalam.
p/s : perlawanan ini tiada siaran langsung. sehingga kini masih belum ada mengenai info live streaming Malaysia vs Filipina, kami akan cuba dapatkan info terkini mengenainya dan updatekan disini sekiranya ada. harap maklum.