Malaysia Vs Filipina 25 Jun 2012 | Misi Buru Tiga Mata

on 25 June 2012

Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (Malaysia B22) kini tiada pilihan lain selain memungut mata penuh dalam baki semua perlawanan Kumpulan G jika mahu menjadi 2 pasukan teratas kumpulan dan mara ke finalPiala Asia B-22 tahun depan. Mereka akan bertemu Filipina petang ini setelah kalah 3-2 kepada Korea Selatan dalam perlawanan pertama dahulu.

Malaysia Vs Filipina 25 Jun 2012 | Misi Buru Tiga Mata

Biarpun di atas kertas, Malaysia memiliki kelebihan untuk menundukkan Filipina di Stadium Aung San, Kim Swee tidak mahu anak buahnya terlalu ghairah memburu gol meskipun sedar perlu mencipta kemenangan besar selepas pasukan tuan rumah membelasah Filipina 5-1 pada perlawanan pertama. Untuk makluman perlawanan Kelayakan Piala Asia (AFC) Bawah 22 – Malaysia vs Filipina 25 Jun 2012 akan bermula jam 3.15 petang (waktu Myanmar) / 4.45 petang (waktu Malaysia).

Tempoh rehat yang singkat sebelum skuad negara turun untuk menentang Taiwan (28 Jun), Vietnam (30 Jun) dan Myanmar (3 Julai) – Sila Lihat Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Asia (AFC) U22, Ong Kim Swee berkata, beliau sedia melakukan rombakan kesebelasan utamanya termasuk merehatkan Thamil Arasu yang mengalami kecederaan hamstring. Skuad Malaysia turut kehilangan tonggak pertahanan tengah, Mohd Amer Saidin bagi baki kempen kali ini akibat kecederaan belakang dialami ketika sesi latihan semalam.

p/s : perlawanan ini tiada siaran langsung. sehingga kini masih belum ada mengenai info live streaming Malaysia vs Filipina, kami akan cuba dapatkan info terkini mengenainya dan updatekan disini sekiranya ada. harap maklum.

Kredit to: ammboi.com

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. seriously Malaysia U22 memang kuat dan saya predict 3-1 Malaysia akan menang

    ReplyDelete
  2. Anonymous25 June, 2012

    live streaming ada x??

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved