Uncle Seekers Positif Dadah Setelah Menjalani Ujian Air Kencing

on 6 July 2012

Uncle Seekers Positif Dadah Setelah Menjalani Ujian Air KencingUjian Air Kencing Uncle Seekers Positif Dadah | Uncle Seekers atau Syed Abdullah Syed Hussein disahkan pisitif dadah jenis morfin setelah menjalani ujian air kencing pada pukul 1.25 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. Beliau juga pengendali laman blog uncleseekers.blogspot.com telah ditahan oleh pihak polis kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya pada dua hari lepas.

Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran ‘Uncleseekers’ bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya. Menurut kenyataan itu, Syed Abdullah dan Siti Nadhirah ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. haish... macam2 ler dia ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. Anonymous08 July, 2012

    Gua ingat masa dia tulis kat blog tu dia tengah lalok kot ...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved