Ella Nikah Dengan Azhar Ghazali Esok (7 Julai 2012)

on 6 July 2012

Ella Nikah Dengan Azhar Ghazali Esok (7 Julai 2012) | Alhamdulillah,  syukur ke atas Illah kerana akhirnya Ella (Ratu Rock Negara) dapat juga mengakhirkan zaman bujangnya bersama dengan pilihan hatinya iaitu Azhar Ghazali esok. Beliau merupakan seorang juruterbang Firefly dan mereka berdua dijangka bernikah selepas solat Isyak.

Ella Nikah Dengan Azhar Ghazali Esok (7 Julai 2012)

Majlis pernikahan Ella dan Azhar akan berlangsung di rumah keluarga Ella di Teluk Gadong, Klang demi memenuhi permintaan ibunya Yang Asmah Yong, 85.

Maka esok, Ella akan mulakan hidup baru bersama lelaki pilihan pada usia 46 tahun dan boleh mengucapkan selamat tinggal kepada zaman solonya itu. Pihak lelaki akan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang serta wang hantaran yang dianggarkan bernilai RM50,000. Majlis persandingan Ella dan Azhar dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember 2012 depan.

PROFIL ELLA
  • Nama Sebenar : Norzila Aminuddin
  • Tarikh Lahir : 31 Julai 1966 di Gelugor, Pulau Pinang
  • Pendidikan : Sekolah Menengah Perempuan Tunku Ampuan Rahimah, Klang
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. fuyyoo... juruterbang tu... apa2 pun, semoga beliau bahgia dengan pasangannya hinggalah ke anak cucu.. amin

    ReplyDelete
  2. nak kawen dgn pilot da rupanya ...
    haha ...tahniah la ella

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved