Madonna tampil dikhalayak tanpa mengenakan sebarang solekan. |
DIVA terkenal iaitu Madonna benar-benar telah mengejutkan para peminatnya di Rome, Itali apabila tampil tanpa secalit solekan ketika mengadakan latihan untuk persembahannya di sana.
Madonna, 53, yang kelihatan berbeza daripada kebiasaan jelas memperlihatkan wajahnya yang telah dimakan usia serta kelihatan pucat.
Mengenakan baju berwarna gelap, penyanyi lagu Frozen itu juga dilihat mengenakan sarung tangan semasa menjalani latihan.
Penyanyi itu berada di Rome bersempena dengan konsert jelajahnya iaitu MDNA.
Sebelum tampil dengan wajah pucat dan tanpa solekan, Madonna turut mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila mendedahkan payudaranya semasa mengadakan persembahan. Kredit info: mStar
ingatkan dia ni natural beauty -.-
ReplyDeleteSme mcm britney..krepot..
ReplyDelete