(Video) Keputusan Perlawanan Germany Vs Greece | Suku Akhir Euro 2012

on 23 June 2012

Keputusan Perlawanan Germany Vs Greece | Suku Akhir Euro 2012 | Di atas kertas Jerman sudah pun layak ke peringkat separuh akhir, namun mereka berjaya mentejermahkan di atas padang dengan menewaskan Greece 4-2 dalam aksi suku akhir Euro 2012 di Stadium PGE Arena Gdansk.

Keputusan Perlawanan Germany Vs Greece | Suku Akhir Euro 2012

Statistik perlawanan di separuh masa pertama menunjukkan Germany menguasai permainan dengan melakukan serangan, namun kekebalan pertahanan terakhir yang dikawal oleh penjaga gol Greece, Sifakis berjaya mengekang jaringan gol.

Namun, Sifakis hanya mampu bertahan sehingga ke minit ke-39, Philipp Lahm berjaya juga meledak gol untuk meletakkan Jerman di depan menerusi rembatan padu di luar kotak penalti.

Di babak kedua, pemain Greece bagaikan di suntik semangat baru, serangan demi serangan dilakukan, hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Giorgos Samaras di minit ke 55.

Gol penyamaan tersebut, menjadikan pemain Jerman bagaikan harimau terluka. Mereka mempamerkan taring sebenar dengan menambah 3 gol lagi menerusi Sami Khedira, M. Klose dan Marco Reus hanya selang beberapa minit.

Dengan kedudukan 4 gol berbalas 1, corak serangan dan pertahanan Greece semakin hambar dan menyukarkan mereka mencari gol penyamaan, sebaliknya Germany terus melakukan serangan. Tetapi Greece berjaya juga menambah gol kedua di minit akhir menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Dimitris Salpingidis

Video highlights Germany 4 – 2 Greece sila layari pautan ini:-


Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved