Hati Seorang Wanita Ketika Menangis Di Hadapanmu

on 23 June 2012

Alhamdulillaah…..

Hati Seorang Wanita Ketika Menangis Di Hadapanmu

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Seru sekalian alam. Tuhan Yang Maha Rahman, Maha Rahim. Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk kekasih Allah, Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam. Allahumma Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.

Yaa Rabbi, Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara, tenang ketika gundah, diam ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq, sebijaksana Umar bin Khattab, sedermawan Utsman bin Affan, sepintar Ali bin Abi Thalib, sesederhana Bilal, setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum. Amiin ya Rabbal'alamin.

Bila seorang wanita itu menangis di hadapanmu, 
itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Bila kamu memegang tangannya saat dia menangis, 
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Bila kamu membiarkannya pergi, 
dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.

Selamanya….Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, 
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.

Dia menjadi lemah. 
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, 
hanya jika dia sangat menyayangimu, 
tiada lagi rasa egonya.

Lelaki,
bila seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
tolong pegang tangannya dengan pengertian
dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
Bila seorang wanita menangis keranamu
tolong jangan mempersiakannya
Mungkin kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
lihatlah matanya….
dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni,
penuh rasa sayang,
di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,
kerana menangis dengan diam-diam sudah tidak mampu bagi dirinya.

Lelaki,
fikirkanlah tentang hal itu.
bila seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawabannya..
Pertimbangkanlah,
kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal,
mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Jaga dan cintailah ia sewaktu ia takut dan sendiri,
Hapuslah air matanya,
ketika ia merintih dan menangis,
Buatlah ia tersenyum,
di saat ia bersedih dan kecewa

Rasakanlah kesedihannya, 
ketika ia berduka dan janganlah kau membuat hatinya hancur dan terluka,
kerana pada suatu saat nanti engkau akan sadar, 
betapa pentingnya ia saat ia telah pergi dari hatimu untuk selamanya

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-Nya

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥

Semoga apa yang telah disampaikan ini ada manfaatnya,

Bila ada salah lisan tak bermakna mohon dimaafkan yang benar itu pasti datangnya dari Allah S.W.T dan yang salah itu datangnya dari kelemahan diri ana pula.

Wallahù'alam bíshawab Wabíllahí taùfík walhídayah.

Sumber: Rakan Blogger
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved