
Pihak persatuan itu membuat aduan polis terhadap Shah Rukh Khan kerana mengeluarkan kata kesat dan menyerang pegawai-pegawai persatuan itu selepas satu perlawanan kelmarin.
Bagaimanapun pemilik pasukan kriket Kolkata Knight Riders itu mempertahankan tindakannya kerana marah melihat pegawai keselamatan MCA mengasari anak perempuannya dan kanak-kanak lain di stadium.
Bintang Bollywood itu menafikan yang dia berkeadaan mabuk pada masa itu.
Ini membawa kepada pertengkaran di antara pegawai persatuan dengan penyanyi tersebut yang berkesudahan dengan larangan selama lima tahun ke atasnya. - BERNAMA
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment