Chelsea Julang Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2012 | Gambar

on 20 May 2012

Chelsea Julang Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2012


Chelsea yang seolah-olah sudah kesuntukan masa untuk mengejar mengejutkan Bayern menerusi tandukan Didier Drogba pada minit 88. Sehinggalah wisel penamat masa permainan dibunyikan kedudukan terikat 1-1 untuk dibawa ke masa tambahan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Peluang terbaik untuk Bayern hadir apabila memperoleh sepakan penalti, namun sepakan Arjen Robben diselamatkan oleh Petr Cech. Masa tambahan tamat. Akhirnya pemenang terpaksa ditentukan dengan penentuan sepakan penalti.

Penentuan sepakan penalti. Sepakan pertama oleh Philip Lahm masuk. Seterusnya Mata mengambil sepakan pertama untuk Chelsea namun percubaanya diselamatkan Neuer. Mario Gomez menyempurnakan sepakan penalti kedua. David Luiz merapatkan jurang dengan menewaskan Neuer. Neuer sendiri mengambil sepakan ketiga dan berjaya kalahkan Cech untuk 3-1.

Lampard meletakkan kedudukan 3-2 dan sepakan Ivica Olic berjaya diselamatkan. Ashley Cole menyamakan kedudukan, 3-3. Sepakan hidup mati oleh Schweinsteiger dan beliau gagal. Didier Drogba menjaringkan penalti keempat untuk Chelsea. Chelsea menang 4-3.

Tahniah buat Chelsea kerana akhirnya dapat juga menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) musim 2011/2012 setelah digagalkan Manchester United pada musim 2007/2008.

Sedikit gambar sebagai halwa mata anda....

Chelsea Juara Liga Juara-Juara Eropah musim 2011/2012





Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved