Angelina Jolie Beli Helikopter Untuk Brad Pitt

on 19 May 2012

Angelina Jolie Beli Helikopter Untuk Brad Pitt

Aktres seksi, Angelina Jolie telah membuat kejutan kepada tunangnya yang merupakan aktor popular, Brad Pitt dengan membeli sebuah helikopter sebagai hadiah.

"Mereka memiliki landasan untuk helikopter di rumah mereka di Chateau Miraval, Perancis. Jadi Angelina fikir ia merupakan idea yang bagus untuk membelikan Brad sebuah helikopter sebagai hadiah kejutan," ujar satu sumber kepada akhbar The Sun.

Bintang "Tomb Raider" ini bukan sahaja membeli helikopter, malah turut menyediakan kursus untuk mengemudikannya.

"Walaupun Brad sudah ada lesen juruterbang peribadi, Angelina tetap mahu tunangnya belajar bagaimana mengemudi helikopter dalam masa terdekat. Ini kerana mereka akan menggunakannya untuk terbang pergi dan balik ke Cannes," jelas sumber itu lagi.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved