Bayern Atau Chelsea, Siapa Bakal Menjulang Trofi Liga Juara-Juara Eropah (UEFA)

on 19 May 2012

Bayern Atau Chelsea, Siapa Bakal Menjulang Trofi Liga Juara-Juara Eropah (UEFA)
Juara - Bayern Munich Atau Chelsea ?

BAYERN Munich dan Chelsa akan menutup tirai saingan liga di Eropah dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara hari ini. Pemenang akan mencipta sejarah dalam bola sepak kelab masing-masing, manakala pasukan yang tewas akan terus hampa.

Jika berjaya meraih kejuaraan, Bayern akan menjulang trofi tersebut buat kali kelima, manakala The Blues pula cuba untuk mencari kejuaraan sulung selepas dikecewakan dalam perlawanan akhir sulung mereka oleh Manchester United pada 2007-08.

Chelsea sekali lagi turun sebagai pasukan bukan pilihan walaupun mereka berjaya menyingkirkan juara musim lalu Barcelona pada saingan akhir. Ini disebabkan mereka berdepan masalah kecederaan dan penggantungan pemain.

Sementara itu, Bayern yang terlepas kejuaraan Liga Jerman musim ini dilihat mempunyai skuad yang mantap termasuk kehadiran ramai pemain kebangsaan Jerman yang bakal beraksi di Euro pada bulan depan.

Pasukan bimbingan Roberto Di Matteo sudah kehilangan beberapa nama besar termasuk ketua pasukan John Terry yang digantung perlawanan akibat mengutip dua kad kuning pada perlawanan separuh akhir. Penggantinya pula Gary Cahill dan David Luiz bergelut masalah kecederaan.

Sementara itu jurulatih Bayern, Jupp Heynckes tidak menghadapi masalah untuk menurunkan rangkaian pemain penting seperti Mario Gomez, Arjen Robben, Franck Ribery, Bastian Schweinsteiger dan Thomas Muller.

Seandainya perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti tanggungjawab besar bakal digalas kedua-dua penjaga gol. Chelsea mengharapkan pengalaman yang dimiliki Petr Cech manakala Bayern sudah pasti mahu Manuel Neuer membuktikan bahawa dia adalah penjaga gol terbaik Eropah ketika ini.

Lebih menarik sebelum beraksi di perlawanan akhir hari ini kedua-dua pasukan tewas dalam jaringan yang besar iaitu Chelsea dijinakkan Liverpool 4-1, manakala Bayern dibelasah juara liga Borussia Dortmund 5-2 dalam saingan Piala Jerman. Adakah ia satu rancangan sebelum saingan akhir ataupun kebetulan semuanya akan ditentukan di Stadium Allianz Arena.

Allianz Arena juga bakal memberi kelebihan buat The Bavarians kerana ia terpilih menjadi gelanggang perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Namun jika terlalu memberi perhatian kepada kelab tersebut mungkin Chelsea mampu melakukan kejutan di saat akhir.

The Blues seperti sebuah kelab yang sangat dahagakan trofi ini dan mahu memadam kekecewaan 2007-08 di mana mereka tewas kepada United hanya menerusi penentuan sepakan penalti. Semua terserah kepada sentuhan magis Di Matteo.

p/s: Siapa pilihan korang ? Adakah Chelsea ataupun Bayern Munich ? Nantikan perlawanan pada subuh nanti... Perlawanan bakal berlangsung pada 2.45 pagi / 20.05.2012 waktu Malaysia.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved