20 Seluar Dalam Hilang Buat Sekeluarga Ketakutan

on 9 May 2012

Kegemaran pelik seorang lelaki misteri mencuri pakaian dalam wanita di kawasan Salak Selatan menyebabkan seorang kerani dan keluarganya kini hidup dalam ketakutan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee An, 40-an mendakwa sejak dua bulan lalu lebih 20 seluar dalamnya dilarikan dan lelaki terbabit tidak pernah takut untuk memasuki kawasan rumahnya yang berpagar untuk mencuri pakaian dalam berkenaan.

Dalam kejadian terbaru kelmarin, pakaian dalam mangsa yang disidai bersama pakaian lain dalam kawasan rumah berpagar didapati hilang manakala pakaian lain masih ada di jemuran.

Menurutnya, kehilangan pakaian dalam itu disedari bapanya yang bangun kira-kira jam 6 pagi apabila mendapati pakaian dalam miliknya sudah hilang.

“Saya kemudian mencari di seluruh kawasan rumah tetapi tidak menemui pakaian itu. Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku dan sejak dua bulan lalu, lebih 20 helai seluar dalam saya yang dijemur di ampaian dicuri lelaki misteri.

“Kami mendapat tahu daripada jiran yang ternampak seorang lelaki berpakaian hitam melompat masuk ke kawasan rumah dan dalam sekelip mata melarikan diri,” katanya . Katanya, dia yang bimbang pakaian itu digunakan untuk tujuan tertentu kemudian membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan. - myMetro
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved