12 selebriti lelaki popular menggayakan sut rekaan Lord's Tailor |
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca di blog ini. Menjelang kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) pada ahad ini, butik Lord's Tailor di Bangsar Shopping Complex (BSC) di kunjungi 12 selebriti lelaki untuk membuat persiapan terakhir untuk memilih dan mengubah sut masing-masing.
Di antara selebriti terlibat di antaranya ialah Fizo, Shaheizy Sam, Aeril Zafrel, Kamal Adli, Iqram Dinzley, Adam AF, Aaron Aziz, dan Fizz Fairuz akan menggayakan sut tajaan butik tersebut pada acara ABPBH2011 yang akan berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands, Pahang.
Menurut jurucakapnya iaitu Bill Bora, sut yang menggunakan fabrik berkualiti itu akan digayakan pada acara permaidani merah ABPBH2011 oleh selebriti-selebriti berkenaan.
"Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menyemarakkan lagi penantian detik ABPBH2011.
"Dan memandangkan tinggal sehari lagi detik acara berpestij itu, kesemua artis yang ditaja oleh Lords Tailor membuat persiapan terakhir dengan melihat semula mana-mana bahagian sut mereka untuk diubah," katanya.
Sementara itu, Aeril mengakui dia begitu teruja untuk melalui permaidani merah ABPBH2011 kerana ia merupakan kali pertama dia menghadirkan diri ke acara berprestij itu.
"Ini merupakan pertama kali saya tercalon dalam ABPBH, mengenakan busana Lord's Tailor dan pertama kali juga saya menjejakkan kaki di acara tersebut.
"Satu pengalaman yang unik untuk saya lalui nanti. Berada di butik ini juga membuatkan saya berbesar hati kerana sudi menaja saya bersama rakan-rakan artis lain untuk mengenakan sut rekaan terkenal ini.
"Tak sabar rasanya untuk berada dalam suasana ABPBH2011. Apa-apa pun, saya tidak mengharapkan kemenangan, tetapi cukuplah kita dapat meraikan beramai-ramai," kata pencalon Top 5 Artis Baru Popular Lelaki itu. - BHarian Online
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment