KWSP | Waspada Kepada Individu Yang Menyamar Sebagai Ejen

on 7 April 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga pembaca sekalian. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini telah mengeluarkan peringatan kepada semua pencarum KWSP supaya  berhati-hati dengan individu yang mendakwa dirinya sebagai ejen institusi itu.



Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, individu berkenaan meminta maklumat sulit dan cap cari ahli KWSP dengan alasan bagi membolehkan pihak KWSP mengemas kini butiran pencarum dalam pangkalan datanya. Walaupun begitu, pihak KWSP dengan tegasnya berkata bahawa ia tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat bagi mewakilinya dalam urusan yang berkaitan. Setelah menjalankan siasatan berkaitan dengan kegiatan tersenut, KWSP mendapati individu tersebut menyamar sebagai ejen mereka.

Bagi pencarum KWSP yang telah dihubungi individu berkenaan diminta membuat aduan menerusi talian hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121 yang beroperasi dari 8.15 pagi hingga 5.15 petang setiap Isnin hingga Jumaat. -BERNAMA
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. @faiz fakhirin U r Welcome... tak apa masalah kecil, lagipun kes nie berat punya... senang2 saja mereka nie nak ambik duit orang... tak ada kerja lain kah nak bat... huhuhu

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved