Pertunangan Justin Bieber Dengan Salena Gomez Tidak Benar

on 29 April 2012

Pertunangan Justin Bieber Dengan Salena Gomez Tidak Benar
PENYANYI Justin Bieber menegaskan khabar angin yang mengatakan dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya, Selena Gomez adalah tidak benar.

Justin berkata, hal itu tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat ini kerana menganggap dirinya masih lagi muda untuk melangkah ke fasa tersebut.

"Saya masih muda. Namun satu hari nanti saya pasti akan melalui ke alam pertunangan, mungkin lima atau sepuluh tahun akan datang.

"Mungkin dengan Selena atau mungkin tidak. Harap, Selena tidak 'membunuh' saya dengan kenyataan ini," selorohnya dalam sebuah temu bual dengan akhbar Le Parisien.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan pasangan muda itu sudah pun bertunang apabila melihat Selena memakai sebentuk cincin di jari manisnya.

Bagaimanapun, Justin tidak kisah dengan gosip tersebut kerana menganggap selebriti yang memiliki ramai peminat sepertinya pasti akan terkena tempias cerita-cerita sensasi daripada kalangan media.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved