KUALA LUMPUR: “Saya akui, memang saya ada hubungan sulit dengan ayah mentua,” kata Zura, 25, isteri Azmir, 30, ketika ditemui Harian Metro, di sini, sebelum memberi penjelasan bagaimana hubungan ‘Keluarga 69’ itu boleh berlaku.
Menurutnya, dia mengenali ayah mentuanya sejak menuntut di universiti pada 2009, malah mereka pernah terlanjur lebih 10 kali, biarpun dia tahu lelaki itu sudah berkeluarga.
Malah, kata Zura, hasil perhubungan intim itu, sepanjang pengajiannya di universiti, semua perbelanjaan termasuk kos sara diri ditanggung lelaki terbabit mengakibatkan dia berasa terhutang budi.
“Pada mulanya, hubungan kami sekadar sebagai seorang anak dan ayah, namun semuanya berubah apabila bibit cinta mula berputik.
“Saya bukan berasal daripada keluarga senang. Ibu bapa saya menanggung adik-adik lain yang masih bersekolah, jadi perbelanjaan di universiti agak terhad. Pernah satu ketika saya terlintas untuk menamatkan pengajian akibat tekanan kewangan yang sangat hebat,” katanya.
Zura berkata, tanpa dirancang dia berkenalan dengan Azmir yang mempunyai keperibadian lelaki diidamkan tanpa mengetahui lelaki itu anak ‘kekasih gelap’nya.
“Pada mulanya saya mahu memutuskan hubungan dengan Azmir, namun ayahnya yang juga kekasih gelap saya membantah. Katanya, biar hubungan saya dengannya terus menjadi rahsia berikutan dia sudah berkeluarga.
“Malah, ketika itu, ayah mentua saya secara tidak langsung menggalakkan saya berkahwin dengan anaknya kerana dengan cara itu kami berdua dapat lebih sering bertemu,” katanya. - myMetro
p/s: apa nak jadi dengan dunia sekarang nie... lama-lama nanti akan terbongkar juga hubungan tu nanti. Memang tak patut si isteri buat suaminya begitu. Kalau suaminya tahu tentang hubungan tu pasti luruh hati si suami dan nerakalah jawapannya buat si isteri yang tak berakal tu.
Kita dikurniakan akal untuk berfikir bukan untuk dijadikan perhiasan saja. Tak pandai nak gunakah sampai nak fikir yang mana baik dan yang mana buruk.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment