Justin Bieber Hina Indonesia ?

on 28 April 2012

Justin Bieber Hina Indonesia ?
JAKARTA: Indonesia mungkin sebuah negara yang paling menyeronokkan di dunia ketika ini, tetapi penyanyi remaja popular antarabangsa Justin Bieber mempunyai pandangan berbeza. 

Bintang muda pop itu dilaporkan menghina negara paling ramai penduduk di Asia Tenggara dengan menggelarkan Indonesia sebagai ‘negara entah di mana’ dalam satu acara di London.

Akhbar tabloid Britain, Daily Mirror melaporkan, bintang remaja sensasi itu memperlekeh cara bercakap warga negara itu berbahasa Inggeris dan mengeluarkan kata-kata menghina Indonesia ketika berada di London untuk melancarkan album barunya, Believe.

Ketika menghadiri majlis promosi albumnya, Bieber memperlekeh proses penghasilan satu lagu dalam albumnya itu dengan berkata ia dirakamkan di ‘negara yang entah di mana’. 

Pengurusnya, Scott ‘Scooter’ Braun, mencelah dan memberitahu lagu itu dihasilkan di Indonesia, lapor Daily Mirror. 

“Saya merakamnya di sebuah studio. Di tempat kecil. Mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan,” kata Bieber. 

Di negara dengan hampir 240 juta penduduk, Bieber berjaya menarik ramai pengikut di kalangan rakyat Indonesia dengan mewujudkan akaun Twitter seperti ‘Bieber Indonesia’ selain dalam Facebook. 

Sementara laman web berkenaan masih dibanjiri mesej menyokong dan memujanya, banyak peserta forum di media sosial berang penyanyi itu memperkecilkan Indonesia, negara paling ramai penduduk Islam dan mempunyai pasaran Asia yang besar. 

Orang lain lebih bimbang sama ada Bieber hilang minat dengan negara itu dengan menghantar mesej dalam Twitter ke laman rasminya dan bertanya sama ada dia ‘benar-benar membenci Indonesia’. 

Ada sebilangan tidak menghiraukannya kerana penyanyi itu merakamkan lagunya di Indonesia, perkembangan yang menggembirakan ramai peminat Indonesia, walaupun dihina Bieber. – Agensi
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved