Nampaknya, setelah Instagram memperkenalkan aplikasi Android mereka pada minggu lepas, hari ini, Mark Zuckerberg mengumumkan yang mana mereka telah bersetuju mengambil-alih Instagram, sekaligus terus membawakan pasukan disebalik Instagram menyertai laman sosial terkemuka itu.
Walaubagaimanapun, berbeza dengan perkhidmatan yang diambil-alih oleh Facebook sebelum ini, Instagram akan terus beroperasi seperti biasa setelah diambil-alih oleh Facebook. Menurut pembangun Instagram mereka akan terus membangunkan aplikasi mereka dengan lebih baik lagi, dan membangunkan rangkaian melaluinya, selain terus membawakan fungsi baru pada aplikasi mereka.
Menurut laman AllThingsD, pengambil-alihan Instagram oleh Facebook ini melibatkan kos sebanyak $1 billion. Harga untuk Instagram ini mungkin meningkat baru-baru ini dengan pengenalan aplikasi Android baru-baru ini, yang menerima pendaftaran sebanyak lebih 1 juta akaun baru dalam tempoh kurang 24 jam ia diperkenalkan.
Dengan pembelian Instagram oleh pihak Facebook pada harga $1 billion, ia terus menjadi perbualan hangat sepanjang hari ini, dengan pelbagai pihak membuat spekulasi berkenaan mengapakah Facebook membelinya? Dan ada sesetengah pihak membuat andaian yang mana Facebook telah mula takut akan Instagram, dan membelinya sebagai langkah awal untuk menamatkan persaingan pihak luar.
Berbeza dengan Facebook, Instagram adalah syarikat yang memfokuskan kepada aplikasi mudah-alih terutamanya untuk platform iOS. Setelah mendapat angka pengguna hampir 30 juta pengguna, mereka telah pun memperkenalkan aplikasi untuk Android pada minggu lepas, yang mendapatkan Instagram lebih 1 juta pengguna baru dalam tempoh masa kurang 24 jam.
Malah angka pengguna Instagram yang meningkat dengan drastik dari hari ke hari, disamping komuniti yang amat aktif, diperkatakan mula membimbangkan pihak Facebook sendiri. Pada masa yang sama, dengan mengambil-alih Instagram, ia membawakan kelebihan kepada Facebook dalam membangunkan aplikasi mudah-alih mereka yang lebih mesra pengguna, memandangkan kebanyakkan pembangun di Facebook mempunyai perspektif kepada aplikasi desktop, manakala untuk pembangun di Instagram, mereka mempunyai perspektif kepada aplikasi mudah-alih.
Namun, apa yang menjadi persoalan ramai adalah adakah Facebook telah mula takut akan kepada Instagram. Ini kerana, baru sahaja pada minggu lepas, Instagram mendapatkan dana sebanyak $50 juta pada nilai syarikat sekitar $500 juta. Dan hanya dalam tempoh kurang seminggu, Facebook telah membelinya pada harga dua kali ganda, iaitu $1 billion.
Jadi, adakah Facebook telah menjadi panik akan kepada persaingan sosial yang lain walaupun bukan secara tidak langsung, ataupun telah mula menjadi gergasi seumpama Apple, Google dan Microsoft yang mula memakan pesaing mereka?
Sumber: Amanz.my
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment