2 Pemuda Hina Nabi Dipenjara Tujuh Tahun

on 7 April 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak akhir-akhir ini memang banyak kita dengar tentang penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.. Hari itu aku ada berkongsi satu artikal tentang Penghinaan terhadap Nabi dan Al-Quran di halaman Facebook. Kejadian tersebut berlaku di bangladesh dan bukan ini yang pertama kali berlaku tapi dah banyak kali. Aku tak tahu kenapa mereka berbuat begini ? Apakah mereka ini berdendam atau cuma nak buat provokasi ke atas umat Islam ? atau cuma nak cari jalan mudah untuk glamour ?.

MEJRI (kiri) dan Beji didapati bersalah
menghina Nabi Muhammad.

Kali ini perkara yang sama juga berlaku di Tunisia, di mana 2 pemuda Tunisia di dapati bersalah kerana menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad di laman Facebook. Kedua-dua lelaki tersebut yakni Jabeur Mejri dan Ghazi Beji terbabit didakwa menyiarkan lakaran Nabi berbogel dalam laman rangkaian sosial, kata Kementerian Kehakiman. Perkara tersebut menaikkan kemarahan penduduk di negara tersebut di mana nilai Islam mengambil peranan besar sejak revolusi tahun lalu.

“Mereka dihukum sehingga tujuh tahun penjara kerana pelanggaran moral dan mengganggu masyarakat,” kata jurucakap Kementerian Kehakiman, Chokri Nefti. 

Mejri sudah dipenjarakan manakala tertuduh kedua Beji, masih dicari pihak polis dan hukuman dijatuhkan tanpa kehadiran.

Hukuman dijatuhkan pada 28 Mac tetapi tidak dilaporkan sehingga kelmarin apabila penulis blog mula menyiarkan maklumat mengenai kes itu dalam internet.

Tunisia mengejutkan dunia Arab pada Januari tahun lalu apabila penunjuk perasaan memaksa pemerintah kuku besi Presiden Zine al Abidine Ben Ali melarikan diri ke luar negara. 
Pada pilihan raya demokrasi pertama, Tunisia memilih kerajaan yang dipimpin kumpulan Muslim berfahaman sederhana. 

Revolusi itu turut membawa ketegangan antara kumpulan konservatif Islam yang percaya keyakinan mereka perlu memainkan peranan lebih besar dalam kehidupan orang ramai dan pihak sekular mendakwa yang kebebasan bersuara dan hak wanita kini dalam sekatan. 

Kerajaan berkata pihaknya mempunyai tugas mempertahankan kesopanan awam tetapi lawannya, pihak sekular menuduh ia menggunakan sistem keadilan untuk menghukum sesiapa yang tidak selari dengan agama ortodok. 

Ketua stesen televisyen swasta, Nessma, kini menanti perbicaraan atas tuduhan menyiarkan filem animasi ‘Persepolis’ yang memberi gambaran Allah. 

Pada Februari, penerbit akhbar tabloid Nassredine Ben Saida, dipenjara lapan hari dan didenda selepas menyiarkan gambar pemain bola sepak Jerman kelahiran Tunisia bersama model wanita bogel pada surat hadapan akhbar itu. – Reuters

p/s: Apa nak jadi sudah dengan laman sosial terutamanya Facebook ini. Laman sosial sudah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka sengaja nak membuat provokasi terhadap orang lain. Patutkah laman sosial ini dihadkan untuk umum ?
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. wajar sangat 2 pemuda Tunisia di penjara, iktibar utk org lain.

    ReplyDelete
  2. @Denaihati Betul tu DH, bukannya sekali dah perkara nie berlaku dah banyak kali dah... >.<

    ReplyDelete
  3. moga menjadi pengajaran pada yg lain

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved