Assalamualaikum.....
Setiap hari pasti kita akan melalui semua keadaan, tidak kiralah kita suka atau tidak kerana kita akan tetap juga melaluinya dengan rasa rela atau tidak. Seperti yang semua tahu, ramai orang di luar sana yang tidak suka pada hari Isnin. Kenapa ?, persoalan itu seharusnya korang yang jawab sebab saya sendiri pun tak tahu kenapa mereka nie tak suka sangat pada hari tu. Mungkin ini salah satu jawapan yang boleh merungkai persoalan itu, kerana mereka bosan dan agak susah nak bangun awal pagi untuk bersiap-siap pergi ke sekolah atau kerja. Nak tahu sebabnya, sebab pada hari sebelumnya mereka dah rehat dan lambat nak bangun sebab itu kot... Hahahaha.. Sebenarnya bukan itu yang saya nak bagi tahu dekat korang semua.
Seminggu itu ada tujuh hari kesemuanya dan dalam tujuh hari itu terdapat hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hebatnya Allah menjadikan semua hari-hari penuh bermakna. Nak tahu apa peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari-hari tersebut ? Jom kita review sama-sama...
Hari Isnin
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah...
1. Naiknya Nabi Idris a.s ke langit..
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina..
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia Nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keEsaan Allah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"
Hari Selasa
1. Wafatnya Jurjis..
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini..
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni..
6. Habil terbunuh hari selasa..
Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi..
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut itu)..
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya..
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s..
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..
Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir..
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa ini, Yusof jadi raja mesir yang terkenal)..
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi Yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui..
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah..
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah...
Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Adam dan hawa..
2. Pernikahan antara Yusof dan Zulaikha..
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s..
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid..
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Sabar'..
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar..
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra..
Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya..
2.Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka..
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir..
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa..
5. Orang-orang yahudi mengkhianati dan menejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit..
6. Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah..
7. Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian..
Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka..
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis..
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis..
4. Allah menjadikan 7 anggota adam..
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh..
6. Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar..
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh..
Sebagai umat Islam yang taat kepada-Nya kita seharusnya rasa bersyukur sebab Allah menjadi seminggu itu ada tujuh hari kesemuanya. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di atas boleh menjadi ikhtibar kepada kita betapa Allah itu Maha Berkuasa terhadap setiap makhluk-Nya. Wassalam.....
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment