Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)

on 19 March 2012




Assalamaulaikum kepada semua pembaca-pembaca blog nie. Apa khabar sihat tak nie ? harap begitulah. Kalau dengar pasal konsert pasti ramai yang nak pergi ke event tu walaupun tahu pasti ramai orang yang bersesak-sesak nak masuk untuk melihat sendiri artis yang membuat persembahan. Itu kalau artis-artis terkenallah seperti K-Pop, Avril Lavigne dan ramai lagi. Macam mana pula kalau konsert tu konsert berunsurkan Islamaik ? korang nak pergi kah ? Pastinya 'Ya' jawapan anda. Bukannya apa, ini menunjukkan sokongan kita terhadap konsert yang berunsurkan Islamik dan bukan saja konsert-konsert dari luar saja. 

Seperti yang semua tahu iLuvislam Radio buat julung-julung kalinya mengadakan konsert yang bertajuk "Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu". Konsep ini merupakan pertama kali diketengahkan di Malaysia dimana konsert ini menggabungkan artis penyanyi dakwah terkenal Indonesia iaitu Opick bersama dengan pengalun zikir terkenal Malaysia Hafiz Hamidun, Ustaz Dzulkarnain, Munif Hijjaz, Hazamin Inteam dan Ustaz Amal dalam sebuah konsert khas yang diberi nama "Rhythm OfThe Soul" (siri pertama).



“Rhythm Of the Soul” atau dalam bahasa Melayu bermaksud Irama Jiwa. Tema ini di ketengahkan kerana ummat Islam haruslah perbanyakkan zikir dan bertasbih dan nyata seperti dalam ayat Al-Quran “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha pengampun”. (Al-Israa 17:44)


Dalam Al-Quran surah Ar-Ra’d ayat ke 28 tafsirnya: “Ketahuilah dengan ‘dzikirullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia” Antara ayat yang paling jelas yang menunjukkan bahawa zikir itu adalah satu tuntutan dan perintah dari Allah Ta’ala adalah ayat 41 dari su- rah al-Ahzab yang bermaksud : ”Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepa- da Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak- banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.”
Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepadaNya.(Ar-Ra’d: 13)
Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. Dan bintang-bintang dan pohon-pohon kedua-duanya sujud kepada Nya. (Ar-Rahman 55:5-6)


Di antara objektif konsert tersebut ialah menggalakkan umat Islam untuk sentiasa berzikir dan bertasbih kepada Allah. Menurut mereka lagi, zikir adalah satu jalan untuk mendekatkan kita dengan Allah dan menjadikan kita selalu diingati Allah kita walaupun berada di dalam sebuah konsert. Selain itu, konsert ini juga merupakan pertama seumpama ini yang mengumpulkan pengalun zikir terkenal di Malaysia. Konsert ini juga dapat menyatukan Ummah dalam sebuah majlis/konsert seumpamanya tidak kira berbeza latar belakang.

Harga bagi setiap tiket ialah RM89 (normal seat) dan RM149 (hot seat) dan boleh didapati di laman web mereka, www.konsert-ros.com atau dengan menghubungi talian 03-55232853.

Konsert Rhytm of the Soul : Di Bawah Langitmu

Tarikh : 20 dan 21 April 2012
Tempat : Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur

Promosi Untuk Hari Ini:

Dapatkan ticket Konsert Rhythm Of the Soul dengan potongan 10% hari ini (19/3/02) ini sehingga jam 6 petang. Layari konsert-ros.com untuk tempahan atau hubungi kami di 03-5523 2853 untuk bantuan. Tiket adalah terhad! Kod kupon: 'PROMO-10'.


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved