Video Persembahan Wonder Girls Pakai Baju Kurung | Sebelum ini admin ada berkongsikan gambar Wonder Girls membuat kejutan kepada semua peminat yang hadir pada persembahan Konsert Wonder World Tour in Malaysia dengan memakai baju tradisional melayu baju kurung yang berlangsung pada 13 Oktober 2012 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Jadi hari ini admin nak kongsikan satu video persembahan mereka ketika memakai baju kurung dengan membawa lagu popular mereka berjudul Be My Baby. Jom tonton....
4 Gambar Persembahan Wonder Girls Tampil Berbaju Kurung | Persembahan kumpulan K-Pop dari Korea dalam Konsert Wonder World Tour in Malaysia 2012 yang berlangsung pada 13 Oktober di Stadium Negara, Kuala Lumpur membuat kejutan apabila muncul memakai baju tradisional Melayu baju kurung pada persembahan tersebut.
Mereka (Wonder Girls) yang mebawa lagu Be My Baby, tampil dengan memakai baju kurung bercorak seragam pelabagai warna kelihatan bersahaja dengan tarian mereka. Terdapat beberapa gambar yang sempat diambil dalam konsert yang memukau hampir 5ribu orang yang menyaksikan persembahan mereka pada malam konsert itu.
Secara tidak langsung ianya telah mempromosikan baju tradisional orang melayu dan difahamkan penampilan mereka juga menjadi topik utama media serta peminat di Korea.
Big Bang Alive Tour 2012 Di Malaysia Pada 27 Oktober Di Stadium Merdeka | Buat peminat artis Korea atau lebih ringkas lagi Kpop kamu semua berpeluang untuk menyaksikan sendiri artis Kpop ini secara dekat apabila kumpulan Big Bang mengesahkan akan turun ke Malaysiapada 27 Okteber 2012 nanti. Konsert besar-besaran Big Bang sempena Alive Tour ini akan diadakan di Stadium Merdeka. Pasti ramai peminat-peminat Big Bang membanjiri Stadium Merdeka terutama sekali wanita.
Untuk maklumat lanjut berhubung dengan jualan tiket untuk konsert ini akan diupdate di Blog Abang Naraataupun di blog ini. So, nantikan saja informasinya....
Assalamaulaikum kepada semua pembaca-pembaca blog nie. Apa khabar sihat tak nie ? harap begitulah. Kalau dengar pasal konsert pasti ramai yang nak pergi ke event tu walaupun tahu pasti ramai orang yang bersesak-sesak nak masuk untuk melihat sendiri artis yang membuat persembahan. Itu kalau artis-artis terkenallah seperti K-Pop, Avril Lavigne dan ramai lagi. Macam mana pula kalau konsert tu konsert berunsurkan Islamaik ? korang nak pergi kah ? Pastinya 'Ya' jawapan anda. Bukannya apa, ini menunjukkan sokongan kita terhadap konsert yang berunsurkan Islamik dan bukan saja konsert-konsert dari luar saja.
Seperti yang semua tahu iLuvislam Radio buat julung-julung kalinya mengadakan konsert yang bertajuk "Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu". Konsep ini merupakan pertama kali diketengahkan di Malaysia dimana konsert ini menggabungkan artis penyanyi dakwah terkenal Indonesia iaitu Opick bersama dengan pengalun zikir terkenal Malaysia Hafiz Hamidun, Ustaz Dzulkarnain, Munif Hijjaz, Hazamin Inteam dan Ustaz Amal dalam sebuah konsert khas yang diberi nama "Rhythm OfThe Soul" (siri pertama).
“Rhythm Of the Soul” atau dalam bahasa Melayu bermaksud Irama Jiwa. Tema ini di ketengahkan kerana ummat Islam haruslah perbanyakkan zikir dan bertasbih dan nyata seperti dalam ayat Al-Quran “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha pengampun”. (Al-Israa 17:44)
Dalam Al-Quran surah Ar-Ra’d ayat ke 28 tafsirnya: “Ketahuilah dengan ‘dzikirullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia” Antara ayat yang paling jelas yang menunjukkan bahawa zikir itu adalah satu tuntutan dan perintah dari Allah Ta’ala adalah ayat 41 dari su- rah al-Ahzab yang bermaksud : ”Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepa- da Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak- banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.”
Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepadaNya.(Ar-Ra’d: 13)
Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. Dan bintang-bintang dan pohon-pohon kedua-duanya sujud kepada Nya. (Ar-Rahman 55:5-6)
Di antara objektif konsert tersebut ialah menggalakkan umat Islam untuk sentiasa berzikir dan bertasbih kepada Allah. Menurut mereka lagi, zikir adalah satu jalan untuk mendekatkan kita dengan Allah dan menjadikan kita selalu diingati Allah kita walaupun berada di dalam sebuah konsert. Selain itu, konsert ini juga merupakan pertama seumpama ini yang mengumpulkan pengalun zikir terkenal di Malaysia. Konsert ini juga dapat menyatukan Ummah dalam sebuah majlis/konsert seumpamanya tidak kira berbeza latar belakang.
Harga bagi setiap tiket ialah RM89 (normal seat) dan RM149 (hot seat) dan boleh didapati di laman web mereka, www.konsert-ros.com atau dengan menghubungi talian 03-55232853.
Konsert Rhytm of the Soul : Di Bawah Langitmu
Tarikh : 20 dan 21 April 2012 Tempat : Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur
Promosi Untuk Hari Ini:
Dapatkan ticket Konsert Rhythm Of the Soul dengan potongan 10% hari ini (19/3/02) ini sehingga jam 6 petang. Layari konsert-ros.com untuk tempahan atau hubungi kami di 03-5523 2853 untuk bantuan. Tiket adalah terhad! Kod kupon: 'PROMO-10'.