Najwa Latif |
Cemerlang sekelip mata dalam muzik bagaikan keajaiban kepada Najwa Latif. Itulah dia artis yang comel saja dari pandangan semua orang. Tapi kalau ada yang tak suka dengan Najwa Latif nie tak tahulah kenapa. Korang tanya sendirilah orang tu erk.
USIANYA 17 tahun, dah dapat menempatkan diri antara bakat termuda pernah tersenarai di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. Pertama kali tersenarai dalam ABPBH, Imratul Najwa Abdul Latif atau Najwa Latif ini terus mencipta rekod peribadi apabila dicalonkan dalam dua kategori sekali gus.
Gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini, tidak menyangka tahun pertamanya bergelar penyanyi dipenuhi dengan pelbagai pencapaian manis.
Selepas popular dengan lagu Cinta Muka Buku, barisan singlenya seperti Carta Hati dan Kosong terus mendapat perhatian pendengar. “Bulan ini (Mac) genap setahun bergelar penyanyi.
Tak sangka, dengan umur semuda 17 tahun dicalonkan untuk Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular.
“Bukan senang melepasi Top 5. Oleh itu saya tak harapkan kemenangan, dicalonkan pun sudah terharu.
“Saya masih baru. Melihat kepada calon seperti Yuna, Alyah, Stacy dan Shila Amzah, membuatkan saya rasa kecil Tapi saya tidak takut kepada kekalahan, malah gembira kerana disenaraikan di kalangan nama besar.
“Pencalonan ini amat berharga, membuatkan saya cukup bersyukur kerana diberi penghargaan sebegini rupa,” katanya yang akan berehat sebentar dari persada seni kerana mahu menumpukan perhatian terhadap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini.
Akan mengikuti siri jelajah di Sungai Petani, Kedah, Najwa juga menganggap ABPBH 2011 adalah acara terakhir yang akan dihadiri buat tahun ini. Sehingga tamatnya SPM, barulah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan (SMKP) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat ini kembali aktif dengan nyanyian.
Terbaru mengenai karier seni gadis yang menaungi rekod label, NAR Records ini, Najwa kini mempertaruhkan lagu duetnya, Sahabat, bersama kumpulan dari Singapura, Sleeq dan penyanyi berbakat yang dikenali menerusi laman YouTube, Syam Kamarul.
Najwa akui sudah sekian lama dia meminati kumpulan Sleeq dan hasratnya untuk berduet bersama kumpulan itu berterusan, yang mana selepas lagu Sahabat, mereka berduet sekali lagi menerusi lagu Untuk Dia.
“Lagu Sahabat adalah hasil kerjasama suara kami bertiga dan dari situ juga terhasilnya kerjasama memperbaharui lagu Untuk Dia bersama Sleeq. Selain itu, saya juga akan berduet dengan Upin dan Ipin menerusi lagu Terima Kasih Cikgu, yang akan keluar tidak lama lagi serta akan dimuatkan di dalam album mereka.
“Selepas tamat SPM, saya akan aktif semula menghasilkan album. Semua lagu yang akan dimuatkan nanti adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh saya dan kakak.
“Saya lebih selesa bekerja dengan kakak. Muzik yang kami ketengahkan senang didengar dan liriknya mudah difahami,” katanya yang mungkin akan memuatkan lagu Bahasa Inggeris dalam album terbabit. - BHarian
kau minat najwa latif ek , ecece , hahaha , :P
ReplyDeletekau minat najwa latif ek , ecece , hahaha , :P
ReplyDelete@apixBolehlah... lagu dia... huhuhuhu...
ReplyDelete