Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga pembaca. Mungkin berita ini bakal membuat penuntut-penuntut institut pengajian tinggi (IPT) awan dan swasta mengukir senyuman sehingga ke telinga. Betulkah ? itu sudah semestinya, bukan. Biasalah banyak wang ringgit yang diperlukan oleh mereka dalam kegunaan harian mereka. Contohnya makanan, assigment dan banyak lagi.
Denga adanya program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) ini dapatlah mereka ini berjimat-jimat sikit untuk dalam jadual belanjawan harian mereka ini. Dijangkakan program ini akan diperluaskan ke seluruh IPT awam dan swasta seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Dengan ini, lebih dari 1.3 juta penuntutnya dapat menikmati sarapan pagi pada harga serendah RM2 dan RM4 untuk hidangan tengah hari. Makan banyak kali pun tak apa, selagi perut tu belum penuh. hahaha... Tapi ingat dengan adanya MR1M ini janganlah pula berboros dengan benda lain pula nanti korang yang rugi.
Meh layan berita kat bawah nie....
Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) diperluaskan ke semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, bagi membolehkan 1.3 juta penuntutnya menikmati sarapan pagi pada harga serendah RM2 dan RM4 untuk hidangan tengah hari.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga mensasarkan lebih 250 produk jenama 1Malaysia di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijual di premis dan koperasi di 20 universiti awam, 27 politeknik dan 78 kolej komuniti serta 500 IPT swasta dalam tempoh sama.
Sehingga 14 Mac lalu, sebanyak 1,480 premis, termasuk 103 kafeteria di 40 IPT menawarkan menu makanan itu.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan menetapkan sasaran 3,000 premis menawarkan menu itu menjelang akhir 2012, sejajar inisiatif berterusan kerajaan membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup yang meningkat, selain mengekalkan subsidi barang keperluan.
Katanya, sasaran itu juga selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mahu menu makanan dan KR1M dinikmati segenap lapisan rakyat.
“Kita sudah bincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi. Malah ramai pelajar mahu MR1M dan KR1M dimulakan di IPT mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sin,i semalam.
Setakat ini, terdapat 26 KR1M dibuka di seluruh negara dan kerajaan mensasarkan membina 85 kedai rakyat menjelang akhir tahun ini.
Ismail Sabri berkata, UKM menjadi antara IPT awam yang menawarkan MR1M dengan 16 premis kafeteria menawarkan menu makanan rakyat itu.
Mengulas mengenai persidangan Gerakan Pengguna Siswa, Ismail Sabri berkata, persidangan tiga hari bermula kelmarin itu, menyaksikan perwakilan GPS dari 70 IPT berhimpun dan mengutarakan pandangan dan idea mereka dalam memperkasakan suara pengguna di kalangan mahasiswa. - BH
*Lepas nie pandai-pandailah mengatur belanjawan korang erk. Wassalam...
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment