Keputusan Undian Suku Akhir Dan Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah (UEFA) 2012

on 17 March 2012


Undian suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2012 telah berlangsung hari ini yang menyaksikan beberapa perlawanan menarik yang bakal kita saksikan terutamanya melibatkan penyandang juara, Barcelona yang akan menentang gergasi bola sepak Itali yakni Ac Milan. Manakala satu lagi kelab dari Sepanyol iaitu Real Madrid mendapat laluan mudah apabila hanya perlu berdepan dengan kelab dari Cyprus, Apoel Nicosia.

Selain daripada itu, satu-satunya wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea akan menentang kelab dari Portugal iaitu Benfica dalam undian suku akhir.

Perlawanana suku akhir Liga Juara-Juara Eropah akan diadakan secara timbal balik. Perlawanan suku akhir pertama akan dilangsungkan pada 27 dan 28 Mac 2012. Manakala perlawanan kedua timbal balik dilangsungkan pada 3 dan 4 April 2012.

Keputusan Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2012


Keputusan Separuh Akhir Uefa Champions League 2012 - 17/18 April dan 24/25 April 2012

Marseille (FRA)/Bayern (GER) vs Apoel (CYP)/Real Madrid (ESP)

Benfica (POR)/Chelsea (ENG) vs Ac Milan (ITA)/Barcelona (ESP)

Sumber: UEFA


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved