Jualan iPad 3 Gempak Dengan Nilai Jualan 3 Juta Dalam Semingggu

on 20 March 2012

Assalamualaikum.....



Memang gempak gila bila jualan iPad baru ini telah mencecah nilai jualan tiga juta unit sejak komputer tablet itu berada di pasaran sepanjang seminggu lalu.

Entah apa keistimewaan iPad keluaran Apple yang terbaru nie sehinggakan kebanyakan pengguna menginginkannya. Adakah iPad terbaru nie mempuyai ciri-ciri atau kelebihan istimewa berbanding tablet lain ? Apa bezanya dengan tablet lain yang ada di pasaran ? Adakah ianya murah ? Adakah ianya senang untuk diguna ? Atau adakah sekadar nak menumpang glamour ?

Banyak betul persoalan yang timbul di kepala otak Lanun nie erk. Lagipun kalau saya nak beli iPad pun bukannya mampu sebab kekangan kewangan kewangan yang melanda. Kalau ada orang nak bagi, itu adalah rezaki namanya (angan-angan tinggi sangat weiii).

Difahamkan yang iPad 3 akan mula dijual pada jumaat ini dengan pelanggan dari seluruh pelosok dunia, Sydney sehinggalah ke San Framcisco sememangnya menantikan untuk mendapatkan sebuah komputer tablet ini.

iPad baru ini mula dijual di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Germany, Jepun Kanada, Singapura, Switzerland, Britain dan juga Hong Kong. Sememang tablet ini mendapat sambutan yang tersendiri kerana tidak sabar untuk merasakan ciri-ciri terbaru yang ada pada iPad 3 itu.

Bagi negara-negara lain, iPad 3 ini mungkin akan menjengah pada 23 Mac 2012 ini. So, bagi rakyat Malaysia yang menginginkan sangat komputer tablet ini sabarlah kerana dah tak lama lagi. Kalau tak pandai sabar lagi korang boleh pergi saja terus ke negara jiran kita tu, Singapura. Harga ? Dijangkakan sekitar RM2 500 untuk model wifi + 3G.
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. haisshhhhh bila la nak dapat ipad ni???? aduhhhh tolonglah naik gaji!!!!

    ReplyDelete
  2. @RazFiRa InsyaAllah.... Banyakkan doa saja... huhuhu

    ReplyDelete
  3. @SyUhAdA Biasalah jenama terkenal lagipun ianya memang terbaik... cubalah beli satu...huhuhuhu

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved