Kuch Kuch Hota Hai Tarik 3 Juta Penonton

on 14 February 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Kajol 'tengah' memberi kekuatan dalam 'Kuch Kuch Hota Hai'.


Fuhhhhh, memang gempaklah filem Kuch Kuch Hota Hai nie. Dalam sehari saja tayangannya di slot Panggung Sabtu di TV3 boleh mencecah 3 juta orang... Siapa yang nonton filem lakonan Dato'Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee nie ? sila angkat tangan. Ini maknanya anda m,erupakan salah seorang dari 3 juta itu... Tahniah... Nie mesti ada menitiskan aira mata sampai habis tiga kotak tisu dikerjakan.,..hahaha... oklah nak tahu informasi yang selanjutnya ? jom layan berita kat bawah nie... 

PETALING JAYA: Filem komedi romantik Kuch Kuch Hota Hai gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol yang disiarkan menerusi slot Panggung Sabtu di TV3 pada Sabtu lalu mencapai jumlah penonton tertinggi iaitu seramai 3 juta orang berdasarkan tinjauan Nielsen Audience Measurement.

Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, berkata walaupun filem itu sudah berusia 14 tahun dan beberapa kali diulang siar di kebanyakan stesen televisyen negara ini, sambutannya masih menggalakkan.

“Saya percaya para peminat filem Kuch Kuch Hota Hai di seluruh dunia masih lagi mengingati jalan cerita filem tersebut malahan ada yang berjaya menghafal lirik lagu-lagu runutnya sehingga ke hari ini.

“Sebab itulah filem ini masih mempunyai peminat yang ramai disebabkan kehebatan jalan cerita, lagu-lagu serta para pelakonnya walaupun “usianya” sudah 14 tahun.

Shah Rukh Khan

“Kekuatan yang ada dalam filem tersebut memaksa pihak TV3 membuat keputusan untuk menyiarkannya pada Sabtu lalu dan ternyata taruhan ini membuahkan hasil apabila ia mendapat sambutan yang benar-benar menakjubkan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa.

Tambah beliau, filem yang bertemakan percintaan dan sarat dengan nilai-nilai persahabatan itu sememangnya digemari oleh peminat-peminat slot Panggung Sabtu.

Kuch Kuch Hota Hai lakonan Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee itu merupakan filem Bollywood yang mendapat kutipan boxoffice selepas ditayangkan kepada umum pada tahun 1998 termasuk di negara ini.

Ia mengisahkan lagak Anjali yang pada mulanya tomboi tetapi berubah penampilan kerana cintanya terhadap Rahul.
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. wooohoohoooooooooooo!! ain salah sorangnye uh...memang da tunggu lame untuk diulangtayang d tb...rindu jew kt kkhh^^ thankz for sharing this

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved