Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
Gambar sekadar hiasan |
Nasib baik aku belum ada kereta lagi. Hasrat aku memang kalau dah ada kereta nanti aku nak pasang TV di dalam kereta baru syok sikit. Tapi bila aku baca satu artikal di Berita Harian, langsung cancel hasrat aku tu.
Orang sekarang nie, aku tengok berebut-rebut nak change kereta nampak lagi "menarik, tertarik kau memang deboommm", Semuanya nak tukar luar dan dalam biar nampak elegan sikit. Nak tukar bumper, rim, letak TV atau permainan game dan video kat dalam keratalah dan macam-macam lagilah.
Malas aku nak cakap banyak-banyak sebab aku bukannya bagus sangat pun tentang kereta nie. Jom layan berita di bawah nie !...
PARIS: Pemilik kereta yang mempunyai kemudahan televisyen, berisiko 27 peratus diserang jantung berbanding mereka yang tidak memiliki kedua-duanya, menurut kajian global ke atas senaman fizikal dan sakit jantung.
Kajian yang meliputi 29,000 penduduk di 52 negara menunjukkan melakukan senaman adalah ubat pencegahan terbaik menghalang kegagalan jantung.
Sehingga kini, tidak banyak penyelidikan memberi tumpuan mengenai bagaimana kegiatan fizikal di tempat kerja mempengaruhi kejadian serangan jantung, malah sedikit yang membandingkan secara langsung data ini di seluruh negara di kalangan rakyat semua peringkat.
Kajian ini menunjukkan aktiviti fizikal sedikit dan sederhana di tempat kerja dan sebarang tahap aktiviti pada masa lapang, mengurangkan risiko serangan jantung. - Profesor Claes Held, Ketua penyelidikan Universiti Uppsala di Sweden “Kajian ini menunjukkan aktiviti fizikal sedikit dan sederhana di tempat kerja dan sebarang tahap aktiviti pada masa lapang, mengurangkan risiko serangan jantung. Ia juga menyambung penemuan terdahulu mengenai kesan perlindungan aktiviti fizikal pada masa lapang kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana,” kata ketua penyelidik, Profesor Claes Held, di Universiti Uppsala di Sweden.
Held dan pasukannya menyelidik data yang dihimpun daripada tahun 1999 hingga 2003 untuk kajian Interheart.
Mereka membandingkan satu kumpulan mengandungi lebih 1,000 lelaki dan wanita pertengahan usia yang pernah mengalami serangan jantung dengan kumpulan lebih besar yang tiada sejarah penyakit kardiovaskular.
Kajian itu, yang disiarkan dalam European Heart Journal, mendapati senaman baik untuk kesihatan tetapi keberkesanannya pelbagai bergantung kepada cara dan kesungguhan, menurut penyelidikan.
Sebarang jenis senaman pada masa lapang paling baik, dengan risiko sakit jantung, dibandingkan dengan tidak membuat sebarang aktiviti, menurun 13 peratus untuk aktiviti ringan dan 24 peratus untuk aktiviti sederhana.
Kelebihan serupa untuk aktiviti ringan dan sederhana ketika bekerja. Bagaimanapun, aktiviti berat tidak mengurangkan risiko langsung. –Agensi
Sumber : http://www.bharian.com.my
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment