First Time Menggali Kubur

on 10 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua. Pertama sekali takziah kepada kawanku (Saharudin) sekeluarga semoga tabah menghadapi pemergian adiknya dalam kemalangan jalan raya ketika sedang dalam perjalanan pergi menduduki peperiksaan SPM bagi kertas ang terakhir. Allahyarham bagaimanpun tidak sempat untuk menduduki kertas tersebut akibat meninggal dunia. Manakala seorang lagi rakannya yang juga pembonceng motorsikal selamat tetapi mengalami cedera parah. Harap semua keluarga Allahyarham tabah menghadapi pemergian Allahyarham dan banyakkanlah doa untuk Allahyarham semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiiinnn...

Admin pun terkejut juga dengar berita ni dari kawan. Tak percaya yang Allahyarham meninggal dunia tapi selepas admin pergi tanya betul-betul dekat dia, memang sah yang Allahyarham meninggal dunia akibat 'accident'. Admin pun rasa sedih juga dengan pemergian Allahyarham secara tiba-tiba, memang tak disangka betul. Tapi itu semua ketentuan Allah kerana Dia memang berhak ke atas setiap mekhlukNya.



Sebagai seorang muslim, admin mempunyai tanggungjawab untuk menyempurnakan tugas sebagai makhluk yang masih lagi bernyawa di muka bumi ini untuk menggali kubur bersama-sama kawan-kawan yang lain. Banyak juga yang pergi menggali kuburan jadi taklah penat sangat. Itulah first time admin menggali kubur dan tak tahulah macam mana nak menggambarkannya, memang susahlah. 

Apa yang admin tak puas hati, adalah beberapa orang nie sempat lagi buat lawak masa kat kuburan nie, adakah patut? nanti tak pasal-pasal bangun pula 'warga kubur' kat situ, baru tahu. Lari lintang pukang kau dibuatnya...hahaha... Biasalah orang tengah bosan jadi dia buat lawaklah.. Admin ketawa juga dengan lawak yang dia buat tu...hehehe...

Oklah sampai sini saja mungkin admin dapat isi pada kali ini... Jumpa lagi kita di lain hari dan waktu.. Salam 1Malaysia...
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. Sempat lagi buat lawak yer kat tanah perkuburan...

    ReplyDelete
  2. @ZYASHTak taulah manusia zaman skang nie... di tnah perkuburan pun nak buat lawak...huhuhuhu

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved