PTPTN Tidak Paksa Penganggur

on 23 November 2011

Assalamualaikum



Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan memaksa peminjam yang masih belum mendapat pekerjaan membuat pembayaran balik pinjaman mereka. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan sentiasa berusaha meringankan bebanan pelajar termasuk membantu jika mereka belum mendapat pekerjaan.

"Kerajaan faham dengan kesukaran dihadapi pelajar. Jika mereka di senaraihitamkan, kita juga akan membantu jika mempunyai alasan munasabah," katanya di Dewan Rakyat, samalam.

Beliau menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) mengenai pendirian kerajaan terhadap peminjam PTPTN yang masih belum mendapat pekerjaan.

Selain itu, katanya, kerajaan belum bercadang untuk meluaskan pinjaman pendidikan PTPTN kepada kursus profesional yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berikutan kekangan kewangan dihadapi agensi itu.

" Pada mas ini, PTPTN hanya memberi pinjaman kepada kursus profesional khususnya bidang perakaunan di 13 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA)," katanya. Beliau menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang meminda dasar pemberian pinjaman PTPTN kepada kursus profesional yang ditawarkan di IPTS.

Menjawab soalan Matulidi Jusoh (BN-Dungun) mengenai pelajar yang ditawarkan yuran percuma, Saifuddin berkata, setakat ini IPTA tidak mewarkannya terutama bagi pelajar Ijazah Sarjana danIjazah Doktor Falsafah (PhD).

Bagaimanapun, katanya, kerajaan menawarkan penajaan untuk penuntut yang melkanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjan dan PhD di  IPTA dan IPTS swasta terpilih di bawah program MyBrain15 dengan yuran pengajian dibiayai maksimum RM10,000 (Sarjana) dan RM24,000 bagi PhD.

"Sehingga 17 November lalu 5,481 orang diluluskan untuk program tajaan MyBrain15 bagi mengikuti program Ijazah Sarjana dan 1,201 orang untuk program PhD,"katanya.

-BERITA HARIAN


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved