Berita | PTPTN Tidak Lagi Beri Pinjaman Bukan Muktamad

on 7 November 2011

 Assalamualaikum


Sebenarnya keputusan yang dibuat oleh pihak PTPTN belum lagi muktamad. Fuhhh !!! pasti bakal siswa dan siswi dapat menarik nafas lega sudah sekarang. Apakan tidak, rupanya keputusan untuk tidak memberi lagi pinjaman kepada bakal siswa dan siswi adalh tidak muktamad lagi. Bukannya mudah untuk mencari duit nak bayar dan tanggung pembelajaran di alam universiti tu, ianya perlukan perbelanjaan besar lebih-lebih lagi orang yang kurang berkemampuan pasti tidak akan dapat menyambung cita-cita ke menara gading yang selama ini menjadi impian sejak dari kecil lagi.

TEMERLOH – Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencadangkan untuk tidak memberi pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang bukan satu keputusan muktamad, kata pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata, ia adalah satu cadangan yang akan dikemukakan kepada kerajaan memandangkan perbadanan mengeluarkan peruntukan besar setiap tahun kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

“Ia juga salah satu usaha untuk mengatasi bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi perbadanan tersebut kerana ramai bilangan peminjam yang tidak menjelaskan bayaran pinjaman mereka, bagaimanapun pinjaman pembiayaan yuran pengajian tetap diteruskan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober lalu membuat cadangan supaya pinjaman perbelanjaan dihentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.
Ismail berkata, keputusan mutlak mengenai cadangan itu hanya akan diputuskan kerajaan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

“Jika ia tidak dipersetujui, kita tidak akan melaksanakannya malah pinjaman tersebut akan diteruskan bagi kepentingan pelajar, jadi saya berharap ibu bapa dan pelajar tidak perlu bimbang mengenai perkara itu,” katanya.

Ismail, yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, berkata sehingga kini, sebanyak 1.87 juta pelajar mendapat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.60 bilion.

Pada tahun depan, katanya dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 September lalu, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman dibayar balik oleh peminjam manakala pembayaran balik yang sepatutnya adalah RM6.2 bilion. – BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved